Khamis, 3 Julai 2014

TIAN CHUA TERLUPA KADAR CUKAI DI SELANGOR MELEBIHI KADAR DI WILAYAH

Tian Chua nampaknya hanya memandang satu sudut dimana kenaikan cukai taksiran yang dikenakan oleh DBKL sebanyak 10 peratus menjadi bahan yang dilihat amay serius oleh beliau.


Tapi agaknya Tian Chua lupa bahawa kerajaan Selangor menaikkan cukai sehingga 400 peratus dan bukankah itu juha dinamakan mengikis duit rakyat sepertimana yang didakwa oleh beliau terhadap kerajaan Barisan Nasional?

Atau adakah nama lain yang perlu disebut untuk kenaikan cukai yang dilakukan oleh kerajaan Selangor.

Nik Nazmi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kadar kenaikan oleh PBT ini telah diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional semasa memerintah Selangor dan persolannya kenapa ianya tidak dimansuhkan malah dinaikkan apabila Selangor di perintah oleh PR sejak tahun 2008?

Jangan hanya memandang sebelah mata atau sebelah pihak sedangkan pihak sendiri yang menaikkan cukai hingga ke tahap melampau didiamkan atau adakah isu yang dibangkitkan sekadar untuk menutup isu kenaikan cukai di Selangor?


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tiang Chuak ni BABI RASIS!