Rabu, 2 Julai 2014

@NajibRazak TAK SEHEBAT @HishammuddinH20 JADI MENTERI PERTAHANAN

Bila Sangkakala ternampak poster yang dikeluarkan rasanya nampak macam Menteri Pertahanan merasakan bahawa beliau lebih hebat daripada semua menteri menteri pertahanan sebelum ni termasuklah Datuk Seri Najib Razak yang juga pernah menjawat jawatan tersebut.


Ayat "Di bawah kepimpinan saya di Kementerian Pertahanan, sesiapa yang didapati bersalah dibawah undang undang akan diambil tindakan tegas tanpa mengira sesiapa sahaja" seolah olah menunjukkan bahawa menteri menteri sebelum ini tidak mengambil tindakan atau memilih bulu jika hendak mengambil tindakan.

Rasanya semasa pemerintahan Naib Presiden UMNO Malaysia ni dalam mana mana kementerian pasti ada masalah.

Seperti contoh, semasa menjadi Menteri Dalam Negeri, isu Lahad Datu yang sampai sekarang tiada pendakwaan keatas dalang yang dikatakan akan didedahkan oleh beliau.

Begitu juga semasa menjawat jawatan pemangku Menteri Pengangkutan, isu kehilangan MH370 sampai sekarang senyap dan sunyi.

Kini dalam Kementerian Pertahanan, dah pula keluar cerita pegawai memecah masuk rumah dan melakukan kesalahan undang undang.

Itu tak kira lagi dengab lain lain hal yang keluar dalam media sosial hingga ada yang mengatakan bahawa Menteri ni lembik dan sebagainya.

Lupa pula masa cabut keris semasa akhirnya perjawatan beliau memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang kemudiannya meminta maaf atas apa yang dilakukan olehnya.

Tapi hari ni keluar pulak kenyataan yang menunjukkan bahawa beliau akan mengambil tindakan.

Kalau ye pun nak ambil tindakan segala bagai, tak perlu lah sampai nak kata semasa kepimpinan beliau, sebab yang lain lain pun pernah menjawat jawatan Menteri Pertahanan dan rasanya pelbagai perkara penambahbaikan diambil cuma mungkin takde kes yang melibatkan permasaalahan dengan kerajaan negara luar dan kali ni baru jadi.

Kenyataan Datuk Seri Hishamuddin bagi Sangkakala seolah olah kenyataan angkuh dan meninggi diri dan cuba menunjukkan bahawa kepimpinan beliau lebih baik dari kepimpinan yang lain.

Ingatlah, yang lain tu juga pernah mengambil tindakan keatas anggota yang melakukan kesalahan atau melanggar undang undang tapi takde la pulak nak di warwar kepada seluruh rakyat Malaysia.



Tiada ulasan: