Isnin, 21 Julai 2014

@NajibRazak MENUNTUT PIHAK PIHAK TERBABIT BERI KERJASAMA AGAR KITA SEGERA BAWA PULANG MAYAT TRAGEDI #MH17 #pray4mh17


Jangan hanya pandai bercakap, tapi tindakan satu pun tak nampak, itu yang Sangkalala boleh katakan kepada mereka mereka yang hanya pandai bercakap mengkritik itu dan ini tentang nahas MH17 baru baru ini.

Perdana Menteri menuntut agar pihak pihak terbabit terutama kerajaan Ukraine memberikan kerjasama agar mayat mayat rakyat Malaysia dapat dibawa pulang sebelum Aidilfitri yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.

Cuma apa yang dikesalkan disini apabila ada dikalangan rakyat Malaysia sendiri seolah olah cuba menangguk di air keruh dengan menarik kes nahas berkenaan ke arah politik atau dengan kata lain ianya dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, seharusnya kita berganding bahu berpimpin tangan dalam membantu kerajaan agar dapat membawa pulang mayat mayat rakyat Malaysia sebelum hari raya aidilfitri ini.


Tiada ulasan: