Rabu, 2 Julai 2014

#GST KERAJAAN PERLU BERI PENERANGAN KHUSUS !!! JANGAN BAGI RAKYAT KELIRU

Dah lama tak cerita pasal GST, hari ni timbul pulak sorang yang entah datangnya dari mana bercerita tentang cukainbaharu tersebut dan ianya dimasukkan dalam portal milik akhbar SinarHarian.


Nampaknya kerajaan perlu memberi penerangan lebih menyeluruh supaya takkan ada yang bijak pandai menentukan apa yang dikenakan dengan GST atau pun tidak.

Yong Poh Chye yang merupakan pengarah tax advisory and management mengatakan bahawa tiket penerbangan domestik akan dikenakan dengan cukai GST berbanding tiket keluar negara yang akan dikecualikan.

Siapa Yong Poh Chye ni sampai boleh nak bercerita tentang GST? Adakah dia mewakili pihak kastam atau kementerian kewangan dalam memberi pemahaman tentang GST?

Yang menteri pun satu hal, bila dah nampak kenyataan macam ni, cuba la terangkan dengan kadar seberapa segera supaya tidak timbul kekeliruan dikalangan rakyat.

Sangkakala dengar dah ada yang dihantar berkursus segala bagai untuk memberikan taklimat tentang GST, tapi belum nampak gerakannya lagi, adakah ini juga seperti melepaskan batok di tangga?

Apa apa pun pihak kementerian jangan hanya berdiam diri, kena ada jawapan yang pasti sebab dalam ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa rakyat sudah faham secara keseluruhan, masih ada lagi kekalutan dalam pemahaman tersebut.



Tiada ulasan: