Rabu, 30 Julai 2014

GILIRAN ANTHONY LOKE PULA GELABAH KERA !!!

Dah makin cancamarba dan haru biru keadaan PR apabila Anwar menerusi langkah Kajang yang diilhamkan oleh Rafizi sotong tidak menjadi dan bakal kecundang.


Rupa rupanya kuat juga Khalid Ibrahim ni sampai semua dah jadi kelam kabut dan huru hara apabila beliau cuba digantikan dengan sepat kering dari Korea.

Kemelut pertukaran Menteri Besar ini sudah menjadi lebih parah apabila PAS juga diheret sama apabila kenyataan Dr Zuhdi dalam perbincangan tertutup group Whatapp tersebar yang menunjukkan bahawa Dr Zuhdi telah memberikan formula jika PAS keluar dari pakatan dan berkerjasama dengan UMNO/BN di Selangor.

Ini telah membuatkan pemimpin pakatan nampak tidak selesa dengan PAS hingga ada yang meminta supaya Dr Zuhdi diambil tindakan oleh PAS kerana tidak menghormati hubungan sesama pakatan.

Tidak cukup dengan itu, DAP pula meminta penjelasan tentang apa yang diperkatakan oleh Dr Zuhdi, dulu DAP bukan main lagi menghentam PAS apabila parti tersebut mengatakan bahawa mereka akan membawa undang undang hudud hingga wakil DAP, Anthony Loke telah mencabar PAS untuk keluar dari Pakatan jika mahu meneruskan hasrat melaksanakan hukum Hudud.

Tapi sekarang dah kutuk pulak apabila PAD nak keluar Pakatan, selama ni adakah DAP menghargai hubungan mereka bersama sama PAS? Adakah DAP menyedari mereka telah menidakkan kehendak PAS dalam pakatan pembangkang?

Baru lebih kurang 3 bulan Anthony Loke mencabar PAS supaya keluar dari Pakatan kini Anthony dah jadi hilang pedoman bila Dr Zuhdi mencadangkan agar PAS dan UMNO bergabung dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ahli PAS seharusnya melihat bagaimana DAP memperlakukan PAS selama ni, bila diperlukan, PAS akan diangkat, tapi bila tak diperlukan PAS akan diletakkan ke tepi seperti sampah yang ak berguna.


Tiada ulasan: