Ahad, 22 Jun 2014

LAGI TINDAKAN TIADA PERI KEMANUSIAAN AIR ASIA YANG PATUT DIKECAM !!

Nampak gayanya Air Asia makin lama makin melampau apabila syarikat penerbangan Air Asia menghalau seorang penumpang yang ingin melakukan penerbangan ke Kuala Terengganu untuk melihat jenazah bapa beliau dengan alasan penumpang tersebut mengandung 7 bulan.

Klik gambar untuk video

Memang kalau nak diikutkan, wanita mengandung tidak dibenarkan menaiki pesawat, tapi Sangkakala rasa atas budi bicara ianya tak menjadi masalah tambahan pula ianya melibatkan kemanusiaan seperti yang berlaku keatas wanita berkenaan.

Tapi yang menghairankan ialah, penerbangan MAS dari Korea ke Malaysia yang mengambil masa selama lima jam, membenarkan wanita tersebut menaiki pesawat sedangkan penerbangan Air Asia yang mengambil masa lebih kurang 1 jam dari KLIA ke Kuala Terengganu tidak memberikan kebenaran.

Apa beza antara Air Asia dengan MAS? Walaupun MAS dikatakan mengalami kerugian, tapi bagi Sangkakala MAS beruntung dari segi memiliki seorang juruterbang yang bertimbang rasa dan berpwri kemanusiaan.

Tindakan tidak prihatin ini bukan sekali dilakukan tetapi seingat Sangkakala ianya telah berlaku berulang kali dan ini adalah yang terbaru berlaku.



1 ulasan:

sharinakamar berkata...

Masa sy pregnant 9 bulan (35 minggu),sy dibenarkan naik flight AA dari Sabah Ke KL.Itu pon atas budi bicara Pilot.Ikutkan polisi AA, kandungan mencecah 35 minggu tidak dibenarkan naik flight.Takut risiko terberanak dlm flight.Tp dengar jugak org bgtau kalau kandungan dh masuk ke bulan ganjil which is 1,3,5,7,9 tak elok naik flight sbb risiko terberanak/keguguran tu tinggi.Maybe ibu mengandung itu tidak ada surat Doktor yg membolehkan beliau naik flight.Tu yg AA halau kot..