Khamis, 26 Jun 2014

CEDERA PARAH DIHEMPAP BESI

Satu kesesakan teruk dikatakan berlaku di jalan lapangan terbang Subang menghala ke Kuala Lumpur apabila sebatang besi yang sedang di angkat oleh sebuah kren jatuh dan menimpa sebuah kenderaan.

Pemandu kenderaan berkenaan dikatakan mengalami kecederaan teruk apabila besi yang sedang diangkat oleh kren tersebut jatuh lalu menimpa kereta mangsa.




Mungkin ada orang yang mengatakan bahawa malang tidak berbau tetapi kalau langkah keselamatan diambil dengan teliti, kejadian seumpama ini mungkin dapat dielakkan.

Malangnya pihak kontraktor MRT yang sedang dalam pembinaan dilihat todak mengambil langkah tersebut dan beberapa permasaalahan sebenarnya telah dapat dilihat dengan ketara.

Sebagai contoh, jalan yang termasuk dalam kawasan pembinaan MRT ini tidak diselenggara dengan baik dan ini menyebabkan kesesakan melampau bila tiba waktu puncak.

Ada yang terpaksa duduk dalam kenderaan masing masing hingga berjam jam akibat kesesakan.

Bukan niat Sangkakala menolak pembangunan, tapi harus diingat, setiap pembangunan juga perlukan perancangan dan jika perancangan tidak dibuat dengan betul, maka pelbagai kejadian atau kecelakaan bakal berlaku.

Harap pihak pengurusan pembinaan MRT ini lebih prihatin dengan apa yang berlaku dan kejadian hari ini rasanya perlu dijadikan iktibar.

Tiada ulasan: