Isnin, 12 Mei 2014

#PRKTasikGelugur KENYATAAN AZMIN SINDIR DAP DAN PEMIMPIN PAKATAN

Nampak gayanya Azmin juga sudah mula pandai pukul anak sindir menantu dalam mengatakan tentang parti dalam gabungan pakatan rakyat.

Azmin Ali yang merupakan timbalan presiden PKR mengatakan bahawa Barisan Nasional meletakkan proksi bagi bertanding merebut kerusi Parlimen Bukit Gelugor.


Azmin juga mendakwa bahawa Barisan Nasional tidak dapat mencari calon untuk bertanding berikutan keputusan Barisan Nasional yang mengambil keputusan tidak meletakkan calon di kawadan tersebut tetapi mengambil pendekatan untuk berjuang habis habisan di PRK Teluk Intan.

Cuba kita perhatikan semula, agaknya siapa yang tidak mampu mencari calon yang sebenarnya, adakah Barisan Nasional atau Pakatan Pembangkang yang tidak mampu mencari calon?

Barisan Nasional mengambil keputusan untuk tidak bertanding di PRK Bukit Gelugor kerana nak menumpukan geak kerja di Teluk Intan.

Tapi pakatan pembangkang pula meletakkan calon yang merupakan anak mendiang Karpal Singh yang juga merupakan ahli parlimen kawasan tersebut sebelum ini.

Jika Pakatan pembangkang mempunyai calon yang mampu diketengahkan, kenapa anak kepada Karpal yang diletakkan dalam PRK tersebut? Apakah Pakatan Pembangkang sudah tidak mempunyai calon lain selain dari meletakkan keturunan Karpal?

Kepada Azmin Ali, kalau nak bercakap tu agak agak le sikit, cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar.

Tapi kenyataan Azmin ni kemungkinan juga ada kaitan dengan pemilihan PKR yang mana kita dapat lihat bahawa semasa penamaan calon yang bertanding, Anwar dikatakan akan bertanding menentang Wan Azizah yang juga merupakan Isteri beliau dan anak beliau sendiri iaitu Nurul Izzah bertanding sebagai Naib Presiden.

Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang meletakkan Lim Guan Eng sebagai ADUN di Pulau Pinang dan seterusnya menjadi Ketua Menteri di negeri tersebut.

Nik Aziz pula meletakkan Nik Abduh sebagai wakil rakyat dan semua ini adalah kroni kepada pemimpin tertinggi parti.

Adakah pakatan tidak mampu untuk meletakkan orang lain sebagai calon tidak kira didalam parti atau di dalam pertandingan dalam pilihanraya?


Tiada ulasan: