Sabtu, 5 April 2014

BEKAS KM SABAH UPAH ORANG TAMPAR MENTERI KDN

Datuk Yong Teck Lee, bekas Ketua Menteri Sabah dikatakan telah membuat satu kenyataan dimana beliau menwarkan wang ganjaran sebanyak RM 500 jepada sesiapa yang menampar Menteri Dalam Negeri ekoran kes penculikan di negeri tersebut.


Alamak, takkan RM 500 je, bagi le 500 ribu ke baru le  laju orang pergi, ni bekas Ketua Menteri yang bagi tawaran ni, dah macam miskin papa kedana sangat pulak Datuk Yong Teck Lee ni kan?

Bagi Sangkakala, Datuk Yong bukanlah sehebat yang dikatakan oleh sesetengah orang satu masa dulu sebab beliau terpaksa memberikan ganjaran kepada orang lain sedangkan beliau sendiri pun mampu untik menampar Datuk Seri Zahid.

Pasal apa nak upah orang pulak untuk kerja bodoh macam tu? Datuk Yong sensiei goyang ke nak pegi buat sendiri?  Atau pun apa kata kalau Sangkakala pulak cabar Datuk pegi sendiri dan tampar Datuk Seri Zahid baru le gentleman kan.

Lagi satu Sangkakala nak bagi tau pada bekas Ketua Menteri ni tentang insiden penculikan yang membuatkan beliau marah sangat dengan Datuk Seri Zahid ni.

Kejadian sebegini boleh berlaku dimana mana tidak kira di negara mana sekalipun.

Sedangkan rumah yang ada orang dan ada senapang pun kena rompak kena samun segala bagai, inikan pula tempat terbuka.

Rumah menteri yang dilengkapi dengan pengawal pun tetap dimasuki pencuri dan siapa pula nak kena tampar kalau kes macam tu berlaku?

Sangkakala rasa mungkin bekas Ketua Menteri ni tak kaji betul betul setiap kejadian yang dilakukan oleh penjenayah telah dirancang terlebih dahulu dan penjenayah ni pun bukan nak buat main rempuh semacam je kan.

Jadi nampak gayanya sia sia Sabah dulu mempunyai seorang Ketua Menteri yang tak faham akan situasi.

Sepatutnya selaku seorang pemimpin, Datuk Yong akan lebih prihatin dalam usaha membantu menangani masalah, tapi sekarang dia pula buat masalah.


Tiada ulasan: