Ahad, 2 Mac 2014

POLITIK | SANGGUP MENIPU RAKYAT SEMATA MATA UNTUK BERTANDING

Nampak Anwar Ibrahim kantoi lagi apabila gambar beliau yang didakwa mendapat liputan hangat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita Jepun sebenarnya adalah gambar lama.

Sampai macam tu sekali si Aljuburi ni nak menipu orang ramai, siapa dia yang nak dapat liputan hangat daripada wartawan Jepun?

Kalau dapat liputan pun mungkin kerana kebiadaban pengikut Anwar seperti Sam Ketot yang membakar bendera Jepun apabila Anwar dilarang masuk ke negara iti kerana tidak mengisi borang khas untuk bekas banduan.


Gambar yang dikatakan oleh Anwar bahawa beliau dikerumuni oleh pemberita Jepun sebenarnya adalah gambar semasa beliau keluar dari mahkamah setelah dibebaskan dari kes liwat pada 9 januari 2012 dan ini disahkan oleh salah seorang jurugambar yang berada di tempat kejadian.

Cuba kita lihat dan bandingkan, Anwar sangguo menipu kerana semata mata untuk menunjukkan bahawa beliau adalh pemimpin yang disegani dan disanjung diserata dunia sedangkan perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Begitu juga dengan pemimpin Ardogan Turki yang didakwa bertemu dengan Anwar semasa melawat ke Malaysia sedangkan pada ketika itu Menteri yang bertanggungjawab menjadi Menteri Pengiring Presiden Turki adalah Datuk Ahmad Maslan dan beliau sendiri mengatakan bahawa Anwar tidak berjumpa dengan pemimpin Turki tersebut serta dikuatkan lagi dengan pengakuan pemimpin dari negara itu.

Sudah banyak sangat perlakuan Anwar yang dilihat cuba menipu rakyat Malaysia hanya semata mata untuk menuntut nafsu beliau untuk menjadi pemimpin negara.

Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa Anwar tidak akan berhenti dari terus berbohong dan sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri sekali pun, pembohongan takkan dapat dipisahkan dari beliau.

Ini satu perkara yang amat merbahaya untuk kestabilan negara kerana jika rakyat sentiasa dibohongi sudah pasti kebenaran kebenaran akan ditutup dan kesudahannya rakyat tidak akan dapat berita yang sahih tentang kerajaan.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana sama. Cuma DSAI je yg sama.
Kalau tak pandai nak edit gambar takyah la buat, bodoh punya admin.