Ahad, 2 Februari 2014

@weekasiongmp ELOK JADI CALON KAJANG !!! JANGAN SEMBANG KENCANG SANGAT !!!


Sangkakala yakin semua pembaca kenal dengan gambar yang Sangkakala paparkan diatas.

Kalau tak kenal, Sangkakala nak beritahu disini, gambar diatas adalah Datuk Wee Ka Siong, timbalan presiden MCA yang dulunya Ketua Pemuda MCA dan juga timbalan menteri.

Ka Siong ni dulu amat lancang bersuara, setiap perkara yang diusulkan oleh UMNO sudah pasti akan disanggah oleh beliau kononnya untuk menjaga kepentingan bukan Melayu khususnya orang orang cina.

Dalam pilihanraya kecil kawasan DUN Kajang yang akan diadakan ekoran daripada perletakkan jawatan ADUN kawasan tersebut, Sangkakala cadangkan supaya Wee Ka Siong untuk bertanding di kawasan tersebut.

Bukan sebab apa, Sangkakala nampak kalau dah hebat sangat sebelum ni menghentam pandangan serta pendapat UMNO kononnya beliau menjaga kebajikan kaum cina takkan kali ni dalam prk tak boleh letak beliau?

Ini juga akan membuktikan bahawa adakah beliau mampu untuk menarik undi dari kaum tersebut memandangkan beliau begitu mengambil berat serta menjaga kaum cina.

Ini adalah medan di mana bukti untuk Wee Ka Siong mengatakan apa yang beliau katakan dan perjuangan beliau sebelum ini adalah benar dan berkesan.

Atau Sangkakala nak lihat supaya beliau yang merupakan timbalan presiden yang baru MCA untuk membuktikan bahawa segala usaha beliau mempertahankan kaum cina sebenarnya adalah strategi yang amat berkesan.


Jangan bersembang lebih sangat Ka Siong, buktikan dulu usaha yang kamu buat sebelum ni amat bagus dan mampu untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional dan jika gagal, maka terimalah kritikan demi kritikan daripada semua pihak.



Tiada ulasan: