Selasa, 11 Februari 2014

SKANDAL HUBUNGAN TERESA KOK DENGAN GOLDSINO !!!

Sangkakala terbaca dalam blog seorang rakan blogger yang mengatakan bahawa Teresa Kok ada mempunyai skandal dalam bentuk kewangan dengan sebuah syarikat asing yang bernama Goldsino Pelaburan Pembangunan Terhad.


Bagaimana pula Teresa Kok terlibat dengan syarikat tersebut dan apa kepentingan serta perolehan yang telah diperolehi oleh syarikat tersebut melalui Teresa?

Ini semua dikhabarkan melalui Yayasan Selangor yang memiliki 2 bidang tanah di kawasan Dengkil dan juga Hulu Selangor dimana keluasan bagi kawasan kedua dua tempat ini lebih kurang 40 ke 50 ekar.

Pada tahun 2011, syarikat yang berpengakalan di China ini dikatakan telah menghantar surat permohonan untuk membina loji kuasa solar Photovaltaic.

Goldsino dikatakan telah berminat untuk memajak kedua dua tanah ini dengan nilai lebih kurang RM 1 Billion.

Untuk makluman pembaca sekalian, kedua dua tanah ini sebenarnya sudah didirikan dengan bangunan dimana dua buah pusat latihan khidmat negara di kawasan Kuala Kubu dan juga sebuah sekolah agama di Dengkil.

Wakil daripada Goldsino ada mengatakan bahawa mereka kenal dengan Teresa Kok semasa mesyuarat pertama bersama Yayasan Selangor.

Apa kena mengena Teresa dengan Goldsino sampai mereka (wakil) boleh mengatakan bahawa mereka kenal dengan beliau? Adakah hubungan tersebut yang menjadi titik tolak kepada pemberian pajakan tanah yang dimaksudkan?

Baca DISINI untuk maklumat lanjut..


Tiada ulasan: