Selasa, 25 Februari 2014

POLITIK | #PRKKajang #Kajang ANWAR RANCANG KES SAMAN HADI AWANG ???

Nampak gayanya kes saman bekas calon PKR keatas Presiden PAS telah mula menjadi bualan hangat sehingga sudah ada beberapa orang di kalangan PAS yang mula merasa tak puas hati.

PAS sudah mula mengeluarkan arahan kepada semua ahli mereka untuk melakukan sembahyang hajat keatas kes saman sebanyak RM 2 juta tersebut.


Presiden PAS telah diarahkan untuk membayar saman sebanyak RM 2 juta kepada bekas calon dari PKR yang dituduh oleh Hadi mengedar pil kuda.

Pelik pulak bila keadaan ni berlaku sebab, bukan ke PAS dan PKR bersama dalam Pakatan dan dikatakan cukup baik selama ini?

Takkan Anwar tidak mampu untuk meminta anak buah beliau memaafkan Hadi atas dasar persahabatan.

Tapi memang sudah menjadi lumrah Anwar untuk membiarkan perkara sebegini berlaku kerana beliau sememangnya tidak memerlukan PAS dapam Pakatan.

Cuma apa yang dilihat ialah, hanya PAS yang terhegeh hegeh nak bersama dengan mereka sedangkan kehadiran mereka hanyalah untuk memenuhi tuntutan nafsu Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

PAS perlu sedar bahawa mereka hanyalah menjadi tunggangan kepada PKR dan DAP selama ini dan apa juga perlakuan yang dilakukan oleh ahli DAP dan PKR terhadap kepimpinan PAS tidak akan di ambil pusing oleh pemimpin DAP dan PKR.

Tapi jika ada dikalangan ahli PAS yang mengatakan sesuatu tentang PKR dan DAP,  sudah pasti kepimpinan PAS akan dipanggil untuk memberi penjelasan tentang perkara tersebut.

Bayangkan seorang bekas calon boleh mengemukakan saman keatas Presiden sebuah parti bersekutu dan tidak ada langsung usaha usaha menasihat daripada ketua atau pemimpin dari PKR.

Ada kemungkinan juga kes saman ini dirancang oleh Anwar sendiri kerana beliau sudah mula muak dengan kepimpinan PASdalam Pakatan Pembangkang.

Para pengikut PAS perlu sedar tentang perkara ini dan jangan menyokong membuta tuli kepada pemimpin PKR dan DAP kerana mereka ini tidak langsung menghormati pemimpin PAS.



Tiada ulasan: