Sabtu, 22 Februari 2014

POLITIK | #PRKKajang #Kajang ANWAR MAKIN TERDESAK HARAPKAN UNDI CINA

Anwar dalam ceramahnya di Kajang mengatakan bahawa beliau tidak berlawan dengan MCA tetapi berlawan dengan UMNO kononnya pemimpin UMNO memiskinkan rakyat.


Agaknya Anwar lupa atau sengaja buat buat lupa yang dia dulu pun pernah menjadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Barisan Nasional dulu.

Kenyataannya disini ialah, Anwar akan menggunakan segala kaedah untuk memenangi hati pengundi cina dan oleh itu, pelbagai tohmahan dikeluarkan.

Seperti semalam dan hari ini, seluruh rakyat Malaysia heboh memperkatakan tentang pemberian BR1M yang dimasukkan kedalam akaun penerima.


Adakah itu tanda kerajaan Barisan Nasional hari ini memiskinkan rakyat dan adakah Barisan Nasional ditunjangi oleh parti lain selain daripada UMNO?

Anwar memang bijak dalam memanipulasi sesuatu isu demi untuk mencapai matlamat beliau tidak kira sama ianya mengikut atau bertentangan dengan syarak.

Seperti baru baru ini dimana gambar Anwar tersebar di merata laman media sosial ketika memberikan ceramah dalam sebuah gereja dan walaupun majlis fatwa telah mengeluarkan kenyataan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunapakai untuk orang Islam, namun Anwar masih mengatakan bahawa ianya boleh dipakai oleh semua agama.


Sangkakala ada bertanya kepada beberapa orang bijak pandai dalan agamabOslam dan ada diantara mereka mengatakan bahawa aqidah Anwar akan hilang jika mengiyakan bahawa kalimah Allah boleh digunapakai oleh orang hukan Islam.

Tuan Guru Datuk Haron Din juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang mengiyakan bahawa kalimah Allah boleh digunapakai oleh orang bukan Islam maka Islamnya boleh terbatal.

Berbalik kepada pilihanraya di Kajang, Anwar kini sedang membina karektor untuk mencari undi orang bukan melayu di kawasan tersebut dengan pelbagai cara dan salah satu caranya ialah mengatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Tapi kalau di depan pengundi melayu pula, Anwar akan mengatakan bahawa beliau melawan UMNO yang memiskinkan rakyat.

Sangkakala mencabar Anwar untuk menjelaskan kepada orang Melayau bahawa kalimah Allah boleh diberikan penggunaannya kepada orang bukan Islam, Sangkakala rasa belum turun pentas atau belum habis ceramah Anwar dah kena terajang dulu.

Tapi oleh kerana bijak dalam memanipulasi kepala pengundi maka Anwar mencipta pelbagai cara untuk meraih sokongan serta undi dari Melayu dan bukan Melayu.



Tiada ulasan: