Rabu, 26 Februari 2014

POLITIK | GILIRAN SAIFUDIN NASUTION PULA KECEWA DENGAN ANWAR

Seiausaha agung PKR meluahkan rasa kecewa terhadap Anwar Ibrahim yang dikatakan telah gagal untuk menjadikan anak anak Ketua Pembangkang tersebut untuk menjadi diantara 10 palingbkaya dalam Malaysia.


Beliau menyifatkan bahawa Anwar lemah dalam perkara tersebut kerana tidak mampu untuk mengangkat anak beliau.

Kalau nak diikutkan kenyataan Saifuddin ni, Sangkakala berpendapat bahawa anak anak Anwar sememangnya kaya tetapi masih belum dapat menjadi antara 10 orang paling kaya.

Tapi Saifuddin sedar tak yang Anwar telah berjaya mengayakan bapa dan adik beradik beliau semasa beliau menjadi Menteri dulu? Mungkin Saifuddin lupa agaknya atau sengaja buat lupa jadi kekecewaan Saifuddin kerana Anwar tidak mampu untuk menjadikan diri beliau sekaya Tun Daim dan anak anak beliau dalam 10 orang paling kaya di Malaysia adalah satu kesilapan.

Dan Saifuddin juga mengatakan bahawa Anwar tidak dapat menjadikan dirinya sekaya Tun Daim, ini juga bermakna Anwar sememangnya kaya cuma menurut Saifuddin, Anwar tidak sekaya Tun Daim.

Semua orang tahu yang Tun Daim sememangnya kaya raya cuma baru baru ini tidak tersenarai sebagai orang paling kaya di Malaysia dan nama beliau tidak disenaraikan.

Mungkin juga ada sebab yang membuatkan Tun Daim tidak tersenarai sebagai orang paling kaya dan perkara itu tidak dapat dikesan oleh sesiapa.

Tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Saifuddin jelas menunjukkan bahawa Anwar serta keluarga beliau kaya tetapi tidak mampu menempatkan nama sebagai 10 orang terkaya dan begitu juga dengan Anwar yang mana kekayaan beliau tidak dapat menandingi kekayaan Tun Daim.

Apa apa pun bagi Sangkakala mereka semua adalah orang yang kaya kaya belaka cuma tersenarai atau tidak, mahu disenarai aaupun tidak hanya mereka yang menentukan dan apa yang Sangkalala nak tekankan disini ialah, ada kemungkinan besar Tun Daim adalah melayu paling kaya dalam dunia atau di Asia atau di Malaysia.

Siapa tahu semua tu kan??


Tiada ulasan: