Jumaat, 14 Februari 2014

HARGA GETAH !!! PENOREH DI BALING KEDAH MENGELUH

Isu penurunan harga getah nampaknya memberikan impak besar kepada penoreh penorh getah hingga ada yang membuat banyahan bersama sama dengan ADUN kawasan mereka.


Tapi yang sebenarnya itu adalah gimik politik yang dibawa oleh pembangkang.

Memang Sangkakala tak nafikan bahawa ianya menjadi bebanan kepada penoreh penoreh getah yang mana harga pada masa ini tinggal lebih kurang RM 2 lebih sekilo.

Tapi kenapa sekarang nak merungut tentang penurunan harga dan kenapa ADUN Kuala Ketil bawa mereka membuat perhimpunan?

Dimasa kenaikan harga getah satu masa dulu, ada sesetengah penoreh memperolehi puluhan ribu ringgit sebulan dan sampai ada yang berjaya membeli kenderaan mewah dengan hasil menoreh getah.

Masa tu takde pulak ADUN Kuala Ketil ni nak bawa penoreh ni berhimpun mengucapkan terima kasih kepada kerajaan.

Bila harga naik, itu mengikut harga dunia, tapi bila harga turun itu salah kerajaan, mana punya sistem ni?

Harga getah adalah mengikut pasaran dunia dan sekiranya pasaran dunia melonjak maka penoreh akan mendapat manafaat dan dimasa itulah sepatutnya penoreh lebih berjimat cermat dan membuat simpanan untuk masa hadapan atau buatlah pelaburan dalam bidang lain dengan menggunakan keuntungan tersebut.

Tapi ianya todak berlaku, apabila harga getah melonjak, semua pun bersorak bagai nak rak, tapi bila harga merudum, semua melompat juga tapi dah macam orang hilang arah kerana tiada simpanan yang sepatutnya dibuat.

Tapi bila ada yang menasihati mereka sebegitu, mereka akan mengatakan ini duit aku dan suka hati aku nak buat apa pun.

Dalam masa sama bila dah merudumnya harga getah mula nak berhimpun dan hasut rakan rakan lain untuk turut sama.

Sudah sudahlah nak menyalahkan kerajaan, sebab kesilapan tu ada dalam diri kita sendiri, kalau siapa pun memerintah, takkan dapat atau mampu mengekalkan harga seperti kenaikannya dulu.


Tiada ulasan: