Khamis, 27 Februari 2014

EKONOMI | MUNGKINKAH TUN DAIM LEBIH KAYA DARI TAN SRI ANANDA ???

Pada tahun 2008, Tun Daim telah mempunyai kekayaan sebanyak 26 bilion. Itu pada tahun 2008, tapi pada tahun 2014, selepas 6 tahun, beliau tidak disenaraikan dalam senarai orang paling kaya dalam Malaysia.


Kalau nak diikutkan kekayaan Tan Sri Ananda pada tahun 2014, beliau mencatatkan kekayaan sebanyak 32,904.28 billion dan tempat ketiga pula mencatat kekayaan sebanyak 13,734.25 billion.

Kalau pada tahun 2008 kekayaan Tun Daim sebanyak 26 billion, kenapa pada tahun 2014 nama beliau tidak disenaraikan sebagai orang paling kaya.

Ada juga ura ura yang mengatakan nama Tun Daim tidak disenaraikan kerana Malaysian Business Magazine adalah dibawah rangkaian Berita Publishing dan Berita Publishing pula dimiliki oleh Kadir Jasin.

Adakah Kadir Jasin telah merancang untuk menutup cerita kekayaan Tun Daim dan ada sesuatu yang disorokkan oleh Kadir Jasin berkenaan dengan kekayaan Tun Daim?

Hairan juga kenapa kekayaan Tun Daim tidak tersenarai, kalau disenarai sudah pasti akan wujud seorang lagi jutawan dalam 10 orang paling kaya di Malaysia.

Tapi oleh kerana ada kemungkinan yang diselindungkan, maka kekayaan Tun Daim tidak didedahkan kepada umum.


Tiada ulasan: