Rabu, 29 Januari 2014

SUDAH SUDAH LA DAIM !!! NAK APA LAGI NI ???

Sangkakala nampak dah makin menjadi jadi dan semakin terserlah siapa yang mempunyai game politik dalam usaha memberikan persepsi negatif terhadap kepimpinan Perdana Menteri.


Pengarah bagi filem yang menjadi lakonan beberapa orang penulis laman blog terkemuka rupanya adalah orang yang berpengaruh juga dan berstatus jutawan.

Seperti gambar diatas, Sangkakala pasti ramai yang mengenali mereka dan ianya diarahkan oleh Tun Daim dalam usaha untuk menjatuhkan pemerintahan Najib Razak.

Seperti yang pernah dikatakan oleh Profesor James Chin bahawa ada 'PAYMASTER' yang membiayai penulis penulis blog ini nampak gayanya adalah benar.

Tapi walaupun begitu, penulis laman blog berbahasa inggeris Datuk Rockybru pula ada pendekatan yang berbeza dengan mengatakan bahawa tidak ada lagi calon yang sesuai untuk menggantikan Najib Razak didalam penulisan beliau.

Kenapa Tun Daim yang dulunya merupakan penyokong tegar UMNO dan pernah menjawat jawatan Menteri dalam kerajaan hari ini sanggup untuk mengepalai tentera maya yang mahu menjatuhkan Najib?

Sangkakala masih ingat lagi, kalau dulu andaian Tun Daim dalam keputusan pilihanraya boleh digunapakai hampir 90% namun dalam pilihanraya umum lepas, ianya meleset jauh dimana kalau tidak silap, Tun Daim ada mengatakan bahawa Selangor akan jatuh semula ke tangan Barisan Nasional namun ternyata ianya tidak benar sama sekali.

Semua orang tahu betapa akrabnya Tun Daim dengan Tun Mahathir malah Tun Mahathir pernah meletakkan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan satu masa dulu ekoran kepakaran beliau dalam bidang ekonomi.

Tapi kini nampaknya Tun Daim sengaja menggunapakai kelebihan tersebut untuk memperlihatkan bahawa permainan untuk menjatuhkan Najib ini didalangi oleh Tun Mahathir sedangkan, Menteri Besar Kedah yang merupakan anak kepada Tun Mahathir sendiri mengatakan bahawa beliau menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Ini sebenarnya mesej jelas yang diberikan oleh Mukhriz yang mungkin tidak mahu terlibat sama dengan konspirasi untuk menjatuhkan Najib Razak ini.

Berbeza dengan zaman mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak masih mahu mendengar nasihat serta pendapat yang diberikan oleh Tun Mahathir sedangkan di zaman Pak Lah dulu ianya tidak berlaku.

Tun Daim sendiri perlu melihat bagaimana kepimpinan yang dibawa oleh Najib pada kali ini dan ada beberapa perkara yang Sangkalala rasa tidak tepat tentang Najib yang dikeluarkan oleh blogger blogger upahan Tun Daim seperti Kadir Jasin dan APANAMA.

Sudah sudahlah Tun, tak payahlah beriya iya mencatur kepimpinan, kalau dah semua nampak salah, baik Tun Daim bertanding sebagai peresiden dan itu rasanya lebuh baik daripada menghabiskan duit (walaupun takkan habis) kepada blogger blogger pak turut ni.

Macam kata rakan Sangkakala,  baik Tun Daim bela blogger Kedah untuk memastikan Kedah kekal milik Barisan Nasional daripada membayar blogger blogger yang diupah oleh beliau untuk memburukkan Najib.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebab dengan Najib, BN akan kalah. Top pro BN bloggres tak dibayar. Masa puji Najib , siapa bayar diaorang? Pikir la skit

Labu8455 berkata...

Sorry bro, Najib seeloknya dijatuhkan sebelum UMNO dan Melayu yang jatuh terlebih dulu. Tak kiralah siapa yang akan memulakan atau mengetuai kempen untuk menjatuhkan Najib, yang pasti ramai dikalangan orang orang Melayu yang sudaqh bosan terhadap betapa "kangkong"nya Najib didalam mentabir negara.

Tanpa Nama berkata...

Stuju kata labu