Rabu, 15 Januari 2014

PANDAI PULAK AZHAR IDRUS NI !!! PENGIKUT PEMBANGKANG MACAM MANA PULAK ???

Ini adalah kenyataan yang dibuat oleh ustaz yang merupakan penceramah yang diagung agungkan oleh pengikut PAS. 

Ustaz Azhar Idrus yang terkenal sebagai pak lawak hingga boleh dibawa menjadi pelakon dalam filem walaupun bukan pelakon utama.


Kenyataan Azhar Idrus merupakan kalimah syahadah dalam Islam dan beliau memperakui bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah.

Apa yang menjadi persoalan ialah, bagaimana ada segelintir pengikut PAS yang bertubi tubi menghentam kerajaan yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.

Walaupun ianya pernah diberikan kebenaran oleh Kementerian Dalam Negeri, namun tidak semestinya ia dipatuhi dan mengikut apa yang terkandung dalam syarat kemasukan bible adalah ianya hanya untuk Sabah dan Sarawak.

Tapi kenapa kristian katolik di Selangor beriya iya hendak menggunakan kalimah Allah tersebut di Selangor?

Mengikut kata rakan Sangkakala yang beragama kristian katolik, semasa upacara sembahyang agama tersebut, mereka menggunakan bahasa inggeris dan bukannya bahasa Melayu.

Adakah ini semua kerana politik? Dan ada tangan tangan hitam di belakang gereja katolik ini yang cuba menimbulkan perselisihan agama diantara Islam dan kristian?

Para pengikut pembangkang yang beragama Islam tetap dengan pendirian bahawa bible telah diberikan kebenaran oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menggunakan kalimah Allah, dan adakah dengan garis panduan tersebut maka mereka bersetuju untuk kalimah tersebut digunapakai?

Kemana la agaknya otak para pengikut pembangkang ni? Dikepala atau dilutut?

Harap dengan apa yang diucapkan oleh Azhar Idrus dalam akaun twitter beliau dapat mengubah minda para pengikut PAS dan PKR yang beragama Islam supaya kembali memikirkan apa yang mereka katakan selama ni.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kau ini kurang membaca mengenai perkara tersebut. Tapi kau berlagak nak komen. Berikan isu tersebut dikendalikan oleh orang-orang yang mahir. Dari bacaan aku terhadap komen-komen kau sering tidak mengeluarkan hujah yang benas dan mantap. Ikut kepala otak kau sahaja. Itu sebab blog kau bukan menjadi pilihan macam Tranungkite dan detidaily.

Otak geliga berkata...

nampaknya walaupun Anon BENCI dgn blog ni tp sebenarnya dia dah JATUH CINTA....mulu kata BLOG TAK POPULAR, tp dia sendiri kata
"... Dari bacaan aku terhadap komen-komen kau..."
ini yg org kata, mulut cakap lain, tp hati kata lain...hahaha
kena ingat Tanpa Nama, "dia" sekurang2nya BLOG utk kau, aku n org lain jenguk....kau, aku ada blog utk "dia" jenguk n komen?