Khamis, 9 Januari 2014

KALIMAH ALLAH !!! PAKATAN BERJAYA TUTUP ISU KENAIKAN GAJI

Ramai dikalangan rakyat Selangor hari ini terlupa seketika tentang kenaikan gaji Menteri Besar, EXCO, Speaker dna Timbalan Speaker serta ADUN yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor dalam sidang DUN yang lepas. 

Kealpaan ini disebabkan dengan isu kalimah Allah yang sedang hebat diperjatakan di Selangor dan ianya lebih hebat lagi apabila semalam ada keputusan supaya kitab Bible dalam bahasa Melayu yang dirampas oleh JAIS dipulangkan semula dan ianya dikatakan juga telah disokong oleh Menteri Besar Selangor. 


Agak agak pembaca la, Khalid ni masih lagi Islam atau tidak? Dan dia tau ke tidak bahawa kitab tersebut membolehkan pihak kristian katolik memesongkan akidah anak anak kita dimasa hadapan.

Mungkin kita pada hari ini sedikit sebanyak memahami tentang perkara ini kerana kitab ini tidak ada dizaman kita kanak kanak dan remaja dulu, tapi kini ianya seolah olah hendak dipertontonkan kepada orang ramai.

Jelas dalam kenyataan media Ketua Penerangan Selangor bahawa penggunaan kalimah Allah dan 34 perkataan lagi dalam bahasa arab tidak boleh digunakan oleh bukan islam di Selangor. 

Klik gambar untuk video

Tapi kenapa Khalid bertindak untuk mengarahkan JAIS memulangkan semula kitab Bible tersebut?

Takkan Khalid sendiri hendak membiarkan keadaan ini berlaku di Selangor dengan membiarkan kitab Bible sewenang wenangnya berada di khalayak ramai.

Apabila larangan telah dikeluarkan di negeri Selangor, maka ianya telah termaktub sebagai larangan dan setiap cetakan Bible yang ada kalimah Allah yidak kira dalam apa juga bentuk tulisan sama ada rumi atau arab atau apa sahaja yang digunakan oleh bukan Islam adalah dilarang dan ini juga ditegaskan oleh DYMM Sultan Selangor.

Mungkin juga kerana terlalu risau dengan kehilangan undi dalam PRU akan datang, maka Khalid Ibrahim terpaksa akur dengan kehendak kristian katolik ini supaya kitab Bible tersebut di pulangkan semula.

Takkan kerana kuasa, Khalid sanggup menggadaikan maruah agama islam dan bagi Sangkakala jika kitab tersebut dipulangkan, maka ianya adalah kemenangan moral kepada ktistian Katolik di Selangor dan ianya seolah olah telah berjaya menidakkan undang undang di Selangor. 

Berbeza pula dengab pendekatan segelintir pengikut pembangkang yang menyokong membabi buta tentang perkara ini tanpa melihat kesan jangka masa panjang.

Cuba kita lihat dan baca semula perenggan yang ada dalam Bible bahasa melayu seperti yang Sangkakala masukkan diatas.

Jelas disitu menunjukkan bahawa mereka (kristian katolik) mengatakan yang mereka menyembah anak Allah sedangkan Islam mengatakan bahawa Allah itu Esa tidak beranak dan tidak di peranakkan.

Takkan perkara seperti itu gagal dilihat oleh kepimpinan Melayu Islam di Selangor hanya semata mata dikelaburi oleh pangkat dan kuasa.

Contohnya PAS di Selangor, takkan langsung seorang takde perasaan dalam kepimpinan untuk sama sama mempertahankan isu kalimah Allah ini sedangkan jelas juga seperti yang dikatakan oleh Timbalan Mursyidul AM PAS, Datuk Haron Din yang mengatakan bahawa kufur bagi mereka yang membiarkan kalimah Allah diguna pakai oleh bukan Islam.

Klik gambar untuk video
Isu ini sebenarnya jelas dan ianya telah dijelaskan lagi oleh Ulama dari kepimpinan PAS sendiri, jika ini tidak diterima pakai maka apa yang dikatakan oleh pengikut PAS bahawa mereka taat dan setia kepada pemimpin hanyalah cerita kosong semata mata.

Atau pun adakah isu kalimah Allah ini sengaja direka oleh kerajaan pakatan di Selangor untuj menutup kisah kenaikan gaji Menteri Besar, EXCO serta ADUN yang agak melampau di Selangor. 



Tiada ulasan: