Selasa, 28 Januari 2014

@ibdil GAGAL LAKSANAKAN TUGASAN #tanyaibdil @khairykj

Dah lama juga Sangkakala perhatikan sejak tertubuhnya Biro Medi Sosial dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang tidak berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang diharapkan.

Bermula dengan beberapa kes seperti himpunan haram malm tahun baru hinggalah beberapa isu yang membabitkan Perdana Menteri dimalukan dengan isu kangkung dan sebagainya.

Apa sebenarnya yang telah terjadi? Adakah kerana lifestyle yang disebut sebut oleh Ibdil selama ni membuatkan perkara perkara tersebut tidak lagi menjadi keutamaan dalam Biro Media Baru?


Sangkakala ada dengan baru baru ni tentang Ibdil yang dikatakan mahu menyewa beberapa laman page facebook untuk dijadikan platform Biro beliau dan apa yang menjadi bahan ketawa ialah, Indil dikatakan telah berpakat dengan pemilik pemilik akaun tersebut untuk mengatakan bahawa mereka bekerja tanpa menerima apa apa bayaran.

Apa ni Ibdil, kata hebat sangat tak perlu bagi apa apa bayaran pada penggiat media sosial sebab takut nanti kalau tak berbayar akan makan tuan, sekarang dah jadi apa ni?

Dengan angkuhnya Ibdil masa perhimpunan Agung UMNO Malaysia mengatakan bahawa penggiat media terutamanya blogger tidak lagi akan dibayar sebab jika sudah menjadi kebiasaan mereka ini dibayar dan apabila tiada bayaran maka mereka akan menghentam balik kepimpinan yang ada.

Sekarang ni jelas dan nyata kegagalan Ibdil dalam mewujudkan sukarelawan tidak berbayar beliau yang menjurus kearah memberi bantuan kepada UMNO dan Barisan Nasional serta mempertahankan Perdana Menteri daripada menerima serangan.

Kalau setakat bercakap rasanya semua orang boleh dan Sangkakala rasa tidak perlu Ibdil nak memperkotak katikkan rakan rakan media sosial yang selama ini bertungkus lumus siang dan malam dalam memastikan kesinambungan penerintahan Barisan Nasional sebagai kerajaan.

Apa yang Sangkakala perhatikan, Ibdil sendiri lebih kepada syok sendiri dengan berinstagram setiap hari.

Mampukah instagram Ibdil menepis segala tohmahan dan persepsi masyarakat yang saban hari dilakukan oleh pakatan pembangkang terhadap kerajaan dan UMNO?

Sudah sudah lah Ibdil, kalau rasa tak mampu untuk lakukan apa yang sepatutnya baik mengaku supaya akan ada yang tampil untuk menghulurkan bantuan dan janganlah menyombong diri meninggi hidung hanya semata mata kerana malu sebab dah terlepas cakap.


Tiada ulasan: