Isnin, 27 Januari 2014

GEMPAR !!! KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN HILANG PERTIMBANGAN

Sangkakala terima satu aduan tentang ketidakpuasan hati seorang pemilik kenderaan yang kereta beliau telah dikunci oleh majlis perbandaran Sepang pagi ni.

Menurut kata pengadu, kenderaan beliau telah diparkir di satu kawasan di bandar Sepang dan tidak ada langsung tanda bahawa tempat itu adalah larangan parking.

Tambahan pula terdapat beberapa buah kenderaan lain yang di letakkan di tempat sama dan pengadu langsung tidak menyangkakan bahawa tempat tersebut adalah kawasan larangan.


Pengadu mengatakan bahawa beliau telah berjumpa dan berunding serta meminta maaf diatas kesilapan tersebut tetapi pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran tetap mengunci kenderaan beliau serta mengarahkan beliau membuat bayaran kompaun.

Sangkakala tidak menyalahkan penjawat awam tersebut tetapi ada maklumat yang mengatakan bahawa terdapat satu arahan daripada kerajaan Negeri yang meletakkan sasaran saman dan ianya perlu dicapai setiap bulan.

Ini telah membuatkan penguatkuasa bertungkus lumus untuk mencapai sasaran pengeluaran saman tersebut dan jangan lupa, dengan arahan ini juga telah membuatkan penguatkuasa hilang pertimbangan untuk menggunakan kuasa budibicara mereka.

Bagi Sangkakala, ini adalah satu penganiayaan kepada rakyat sedangkan slogan kerajaan negeri Selangor ialah negeri berkebajikan.

Kebajikan apa kalau dah sampai menidakkan perikemanusiaan diantara penjawat awam khususnya penguatkuasa dengan masyarakat.

Apakah dengan pencapaian sasaran pengeluaran saman itu juga sebenarnya untuk membiayai gaji Menteri Besar serta EXCO kerajaan yang melambung tinggi?

Jawapan kepada soalan ini ada pada rakyat Selangor dan kepada mereka yang pernah menerima nasib yang sama seperti pengadu tadi, fikir fikirkanlah nilai kerajaan Pakatan yang ada sekarang.

Apa yang Sangkakala lihat, keperitan rakyat sudah menjadi kebahagiaan mereka dan penderitaan rakyat adalah untuk kesenangan mereka (kerajaan negeri).



Tiada ulasan: