Rabu, 29 Januari 2014

BEKAS TIMBALAN MENTERI YANG NAK KENA MAKI

Satu masa dulu Saifuddin Abdullah ni pernah jadi timbalan menteri pengajian tinggi dan dalam beliau menjadi timbalan tersebut bermula lah era di mana para pelajar khususnya mahasiswa memberontak kepada kerajaan.


Saifuddin cuba membawa kepada politik cara baru kononnya yang mana masyarakat khususnya ahli UMNO sendiri tidak dapat menerimanya ekoran daripada itu juga, beliau kalah dalam pilihanraya umum ke 13 yang lalu.

Kini selepas tidak memegang apa apa jawatan dalam kerajaan, Saifuddin masih lagi dengan suara suara sumbang yang dikeluarkan dalam akaun laman sosial milik beliau dan ianya sekali lagi mengundang kemarahan ahli akar umbi.


Saifuddin dilihat terlalu obses membuka permasaalahan parti dan mungkin beliau mengharapkan ada pembaharuan.

Alamak Dato, kalau nak pembaharuan bukan itu caranya, banyak cara lain lagi la Dato, sebab nakkan pembaharuan la Dato terjunam jatuh dari arena politik tanah air.

Kalau rasa UMNO sudah tidak relevan lagi, Dato boleh pergi ke mana mana partilain yang dirasakan sesuai dan apa yang Sangkakala tau Dato pun macam berminat dengan PKR, jadi tak salah kalau Dato menyertai mereka dan membawa mereka kearah pembaharuan seperti mana yang Dato cita cita kan.

Pendapat sama juga diberikan oleh rakan Sangkakala DISINI...

Tiada ulasan: