Ahad, 26 Januari 2014

AKIBAT DARIPADA PENYALAHGUNAAN KALIMAH ALLAH

Inilah akibat daripada penyalah gunaan kalimah Allah yang menjadi leteran orang orang Islam di negara ini.

Apabila ada sesetengah pihak yang cuba untuk mengiyakan bahawa kalimah tersebut boleh digunapakai oleh bilukan Islam, maka kekeliruan bakal akan terjadi.


Gambar diatas dikatakan telah dirakam di Pulau Pinang dan pembaca semua boleh lihat dan buat perbandingan adakah ini sengaja dibuat untuk penyebaran agama atau ianya dibuat untuk menaikkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu untuk kepentingan politik.

Dari apa yang Sangkalala lihat, walau apa pun alasan, ianya tetap mejadi satu penghinaan kepada agama Islam.

Tapi yang menjadi kehairanan disini ialah, dimana dan kemana perginya para pengikut PAS? Nik Aziz sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa bukan islam tidak boleh menggunakan kalimah tersebut.

Berbeza pula dengan kenyataan Khalid Samad yang bertanyakan apa beza diantara Islam di Sabah dan Sarawak dengan Islam di semenanjung Malaysia?

Bagi Sangkakala itu adalah satu soalan bodoh yang dikeluarkan oleh ahli parlimen yang mana beliau mestilah lebih tahu dan arif tentang perlembagaan negara.


Tiada ulasan: