Ahad, 1 Disember 2013

UDA HOLDING !!! MELAYU DIPINGGIR KERANA KEUNTUNGAN @NajibRazak @tengkuadnanreal @joharighani_ttw


Pernah satu ketika nama UDA Holding hangat diperkatakan dengan kes Bukit Bintang Plaza.

Dan pernah juga satu ketika UDA hangat diperkatakan oleh sahabat sahabat blogger tentang pasar seni atau Central Market yang sewaktu penubuhannya dulu adalah tempat dimana peniaga peniaga bumiputera bergantung nasib untuk berniaga.


Tapi sekarang apa dah jadi? Sangkakala tak mau usik bab Bukit Bintang Plaza tapi Sangkakala nak cerita bab Central Market.

Mengikut sumber maklumat yang Sangkakala terima, Central Market kini tidak lagi menjadi tempat bergantung kepada orang Melayu bandar, tetapi sudah lebih ke arah pusat perniagaan orang cina.

Pengurusan untuk Central Market juga diserahkan kepada syarikat Cina, kenapa jadi macam tu? Apa kurang Melayu bandar untuk menguruskan Central Market yang dulu menjadi kebanggaan orang Melayu.

KAH SENG Group telah diberikan tender untuk menguruskan Central Market dan apabila syarikat Cina ini diberi kepercayaan untuk menguruskan sebuah tempat, rasanya pembaca sendiri tahu akibatnya.



Mungkin artikel ini bersifat sedikit rasis tetapi kalau nak diikutkan keperluan penubuhan UDA Holding adalah untuk membela Melayu, adakah ini bentuk pembelaan yang dilakukan oleh UDA Holding kepada Melayu bandar.

Yang tersepit dicelah kemelut ini adalah para peniaga dan Sangkakala rasa sebagai Pengerusi yang baru, adalah lebih molek kalau Dato Johari Ghani mengambil pendekatan untuk memikirkan semula apa yang perlu dilakukan.

Takkan nak dibiarkan orang Melayu terus dipinggir bandar dan orang cina dibiar memonopoli kawasan bandar.

Kini apa yang jadi kepada Central Market tidak ubah seperti China Town dan mungkin Menteri Wilayah juga perlu memerhatikan perkara ini daripada terus berlaku.

Kita semua maklum bahawa kawasan Jalan Petaling sudah pun di jadikan pusat penjajaan orang orang Cina tapi takkan dalam pusat perniagaan anak syarikat kerajaan juga hendak dijadikan pusat perniagaan orang cina?

Sangkakala menulis kali ini hanya kerana untuk menuntut pembelaan orang orang Melayu yang makin dipinggirkan di kawasan bandar dan Sangkakala percaya bahawa masih ada syarikat Melayu atau Bumiputera yang mampu untuk menguruskan kompleks perniagaan ini.

Sangkakala harap kepada Dato Johari supaya pandang pandanglah Melayu yang berminat untuk berniaga didalam pasar seni, janganlah kerana sesuatu perkara maka orang Melayu dipinggirkan.