Ahad, 8 Disember 2013

#pau13 ANTARA EXCO PEMUDA YANG MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB

Sangkakala nak ucapjan tahniah kepada beberapa orang pemuda UMNO Malaysia yang telah menjalankan kewajipan sebagai pemimpin.

Ini adalah contoh dan ciri ciri pemimpin yang kita cari demi untuk kesinambungan dan survival politik UMNO dimasa hadapan.

Antara yang Sangkakala ketahui telah melaksanakan tanggungjawab dan perlu dijadikan contoh oleh EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang lain ialah saudara Mua'amar Ghadafi yang dilihat seperti gambar dibawah masih mampu melayan permasaalahan walaupun sibuk dengan perhimpunan agung.



Gambar diatas Sangkakala ambil semasa hari perhimpunan peringkat sayap yang mana dalam kekangan masa, Mua'mar Ghadafi tetap melayan mereka yang hadir untuk mendapat pandangan dari beliau.

Begitu juga dengan saudara Armand yang kini menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi Biro Kesatria Pemuda UMNO Malaysia yang mana semasa perhimpunan sedang berlangsung,  kejadian banjir telah melanda beberapa kawasan dan negeri di Pantai Timur.

Tanpa berlengah dengan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan, Biro Kesatria Pemuda UMNO Malaysia telah bergerak untuk memberikan bantuan sedaya mungkin bagi meringankan beban mangsa mangsa banjir.

Lihat gambar gambar dibawah.




Tidak terlepas menjalankan tanggungjawab terhadap kebajikan kemasyarakatan, saudara Razlan yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang turut sama menggerakkan jentera untuk memberikan bantuan kepada mangsa mangsa banjir.

Sangkakala dimaklumkan bahawa Razlan telah membawa jentera Kesatria Pemuda UMNO Wilayah untuk menghantar bantuan kepada mereka yang terlibat dengan banjir di kawasan Rompin. 




Sekali lagi tahniah Sangkakala ucapkan kepada mereka yang telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan mungkin ada ramai lagi yang berjaya memikul tanggungjawab yang tidak Sangkakala ketahui dan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, inilah cara sebenar UMNO iaitu memberikan bantuan dari semasa ke semasa tanpa mengira waktu dan masa.