Isnin, 9 Disember 2013

BANTUAN BANJIR SAMPAI KE KEMAMAN @MuaamarGhadafi @Armand_PJU @daniar_ismail @SheikhNafiq @mukhrizfuad @khairykj

Konvoi bantuan untuk mangsa banjir Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selamat sampai ke kawasan Kemaman dan kini singgah untuk pengagihan bantuan ke kawasan dan semua barangan akan diserahkan kepada mangsa.










Kawasan pertama yang dilawati untuk memberi bantuan ialah kampung pemindahan Mak Lagang dan jumlah kediaman yang terlibat di kawasan ini lebih kurang 200 buah rumah.

Keadaan cuaca yang dilihat agak cerah pada hari ini memberikan sinar harapan kepada mangsa yang terlibat dan mereka semua mendoakan agar tidak berlaku lagi gelombang banjir kedua seperti yang dihebahkan sebelum ini.