Selasa, 3 Disember 2013

BANDAR ALA HONG KONG MALAYSIA PERLUKAN PEMANTAUAN @PDRMsia @aduanSPAD

Sangkakala merayau rayau ke kawasan Bukit Bintang dan macam biasalah, kawasan ala ala bandaraya Hong Kong ni memang sibuk tahap gaban bila menjelang waktu malam.


Perniagaan di kawasan Bukit Bintang ni memang pesat membangun dengan pelbagai perniagaan dari pada dalam bangunan, luar bangunan hinggalah ke tepi jalan.

Jalan di Bukit Bintang ni pun memang teramatlah sibuknya hingga nak melepasi jarak 100 meter sahaja memerlukan hampir 20 minit.

Tapi apa sebenar punca kepada kesesakan ini?

Daripada apa yang Sangkakala perhatikan, banyak kenderaan pengangkutan awam yang diletakkan ditepi tepi jalan hingga mengakibatkan kepada kesesakan lalulintas.

Begitu juga dengan kenderaan kenderaan awam yang sesuka hati diletakkan di tepi jalan juga merupakan sumber kepada kesesakan ini.


Bagi Sangkakala, kesesakan ini dapat dibendung atau dikurangkan sedikit jika penguatkuasaan daripada pihak yang bertanggungjawab dilakukan dari semasa ke semasa.

Kenderaan kenderaan ini perlu diberikan notis saman atau diminta keluar supaya tidak menggangu lalulintas.

Dengan cara ini, ada kemungkinan kesesakan dapat dikurangkan dan kelancaran perjalanan trafik dapat di tingkatkan. 

Jadi kepada pihak yang bertanggungjawab silalah ambil tindakan dengan segera walaupun semua orang tahu bahawa Bukit Bintang memang kawasan kesesakan teruk tetapi mengurangkan kesesakan tersebut sudah memadai daripada mendengar rungutan orang ramai setiap hari.