Sabtu, 16 November 2013

SHAH ALAM AKAN BERUBAH JADI TOKYO ??? PEKERJA BANGLA KETAWA BESAR @Khalid_Ibrahim @nohomar


Kali ni Sangkakala rasa setuju pulak dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim yang si Khalid Gagap ni memang suka membazir duit rakyat.

Cuba tengok gambar papan tanda diatas dan di bawah ni, nak buat laluan berbasikal di Shah Alam yang memakan belanja sampai RM 5 juta. 

Apa relevannya pembinaan ni sampai menggunakan perbelanjaan sebanyak itu dan satu lagi, apabila laluan ini dibina, sudah pasti beberapa buah stesen bas akan menjadi mangsa dan ini sebenarnya mengurangkan lagu prasarana untuk rakyat.


Persoalannya, berapa kerat sangat orang yang bawa basikal di Shah Alam tu? Adakah semua pekerja kerajaan atau swasta menaiki basikal ke tempat kerja macam di Tokyo?

Yang Sangkakala tau sekarang ni ramai bangla je yang naik basikal ke tempat kerja dan pekerja tempatan paling tidak pun akan bawa motosikal sendiri.

Apa yang menyedihkan ialah, infrastruktur untuk keperluan rakyat seperti hentian bas akan dikorbankan demi untuk membina laluan basikal.

Kebanyakan peminat basikal pula akan ambil waktu cuti rehat untuk berbasikal, itu pun di kawasan kawasan riadah, kan ke lebih baik perbelanjaan sebanyak RM 5 juta tu digunakan untuk menaik taraf jalan jalan raya yang dah banyak berlubang macam permukaan bulan di Selangor ni?

Pembaziran demi pembaziran dilakukan oleh Menteri Besar Selangor dan apa yang pasti nanti rakyat Selangor boleh tengok siapa yang sebenarnya akan membina laluan ni, mungkin pelesen kontraktor akan gunakan nama Melayu, tapi pelaksananya nanti sendiri tengoklah siapa.