Isnin, 11 November 2013

KARPAL DISELAMATKAN OLEH KIT SIANG !!! DUA DUA PUN SAMA PEMBELIT


Lim Kit Siang nampaknya bertungkus lumus membantu rakan OKU dalam DAP yang terlepas cakap baru baru ni.

Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan yang membuatkan p3mimpin PAS turut naik hantu apabila beliau mengatakan bahawa ROS perlu membatalkan pendaftaran persatuan atau parti yang menggunakan nama agama atau bangsa bagi membolehkan semua orang menyertai pertubuhan atau parti politik tersebut tanpa mengira kaum dan agama.

Tapi bila dah dihentam oleh kepimpinan PAS sendiri tentang kenyataan tersebut, Kit Siang telah tampil mempertahankan Karpal dengan mengatakan bahawa kenyataan Karpal tersebut telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak.

Apa punya badigol la si Kit Siang ni, dah terang terang Karpal keluarkan kenyataan begitu, masih nak kata manipulasi ke? Manipulasi kepala hotak kamu la Kit Siang. 

Kit Siang mengatakan kononnya Karpal memberitahu beliau bahawa kenyataan itu ditujukan kepada Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Tapi macam biasa la, pemimpin DAP akan cuba memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia ni bodoh macam pengikut pakatan.

Kalau nak tujukan pada PPMM, kenapa perlu disebut parti? Atau memang Karpal nak cuba tengok kalau boleh PAS dibubarkan oleh ROS atas saranan dan pandangan dia tu.

Kalau jadi kira dia berjaya la menghancurkan PAS dan agenda negara Islam takkan bermakna lagi dan mayat Karpal takkan di langkah oleh orang orang PAS. 

Tapi yang paling ialah percubaan Karpal telah menyusahkan Kit Siang sebab kena jawab dan tepis dengan pelbagai gerak kuntaw yang dia tau. Hahaha....