Khamis, 10 Oktober 2013

YB EMY PERLU DIBERI MANDAT TERAJUI PUTERI

Sangkakala baca satu blog yang membawa nama YB Emy dari Melaka untuk menjadi ketua puteri UMNO Malaysia.

Bagi Sangkakala, adalah amat sesuai sekiranya YB Emy yang telah dinobatkan sebagai ahli parlimen Masjid Tanah untuk menerajui sayap parti UMNO tersebut kerana komitmen yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang menjadi EXCO Kanan pergerakan tersebut sebelum ini.

Sangkakala mengenali YB Emy dalam beberapa sesi program anjuran Gerakan Belia 4B dan daripada situ Sangkakala amat berpuas hati dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh beliau.

Sangkakala juga seperti blogger melakainsider yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang ditulis oleh RBF Online yang mana ada dalam kenyataan beliau sekiranya seorang lagi calon Ketua Puteri iaitu Jemi kalah dalam pertandingan merebut jawatan ini maka Puteri akan kehilangan seorang puteri yang berkaliber iaitu Jemi.

Baca disini http://bit.ly/1hEoODQ


Bagi Sangkakala, jika seseorang itu benar benar pejuang, maka masalah kecil hati atau menghilangkan diri sekiranya kalah ini tidak akan berlaku.

Seorang pejuang akan terus berjuang tidak kira kalah atau menang dalam pertandingan dan apa yang penting ialah perjuangan untuk memenangkan parti dalam PRU akan datang perlu menjadi fokus utama.

Tapi Sangkakala lihat, dalam keadaan yang begitu getir dimana sokongan dari orang cina begitu kurang terhadap Barisan Nasional namun YB Emy masih mampu untuk menyumbangkan satu kerusi bagi menentukan Barisan Nasional tetap menjadi kerajaan pusat.

Ini bermakna, YB Emy dapat diterima di peringkat akar umbi daripada pengundi di kawasan Masjid Tanah dan ini juga membuktikan bahawa beliau telah memberikan khidmat terbaik di kawasan parlimen tersebut.

Dengan bukti yang diberikan oleh YB Emy, Sangkakala berpendapat beliau perlu diberikan mandat untuk menerajui pergerakan puteri demi kesinambungan sayap tersebut di samping menjadikan sayap itu sebagai sayap tidak kurang tanggungjawabnya dalam memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: