Sabtu, 12 Oktober 2013

TUGAS PENTING MENANTI SELAIN PEMILIHAN AGUNG UMNO

Sangkakala tengok semua orang orang UMNO begitu sibuk mengendalikan pemilihan UMNO yang mana pada hari ini semua pergerakan sayap telah mengadakan mesyuarat dan pada 19 haribulan nanti akan diadakan pemilihan di peringkat bahagian untuk menentukan siapa yang berada dalam saf kepimpinan UMNO Malaysia.

Tapi Sangkakala harap semua jangan lupa bahawa ada satu tugas penting yang perlu kita hadapui iaitu pilihanraya kecil di Sungai Limau Kedah yang mana kerusi DUN tersebut telah dikosongkan ekoran kematian ADUN Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan yang juga merupakan mantan Menteri Besar daripada PAS.

Diam tak diam Sangkakala dengar sudah ada gerakan yang dilakukan di kawasan tersebut oleh pembangkang dan Sangkakala harap kita juga sama bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang ditetapkan pada 4 November nanti oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

Tetapi jika sudah ada jalan kerja yang dijalankan oleh pihak UMNO di Sungai Limau, Sangkakala harap supaya kerusi DUN tersebut dapat dirampas semula untuk menambahkan lagi kekuatan Barisan Nasional di Kedah.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: