Isnin, 14 Oktober 2013

@tengkuadnanreal SETIAUSAHA BAHAGIAN ARAHKAN KP3 BUAT AKUJANJI ??? ITU LANGGAR PERLEMBAGAAN !!!

Kelmarin Pergerakan Puteri diseluruh negara telah mengadakan pemilihan dan alhamdulillah ianya telah berjalan dengan baik sekali walaupun ada beberapa kawasan yang terdapat sedikit masalah.

Sebelum Sangkakala nak bagi tau apa jadi semalam di Bahagian Batu, Sangkakala ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang telah berjaya dalam pertandingan.

Tapi apa yang telah terjadi di Bahagian Batu? Sangkakala dengar Setiausaha Bahagian telah menemui Ketua Puteri Bahagian yang baru dan meminta beliau untuk melafazkan akujanji bahawa Ketua Puteri ini akan mengundi calon Ketua Bahagian, Datuk Yahaya Mat Ghani yang mempertahankan jawatannya pada pemilihan di peringkat bahagian nanti.

Bukankah itu sudah melanggar beberapa perkara dalam perlembagaan parti?

Takkan takde apa tindakan boleh diambil, tapi yelah, Setiausaha Agung pun bukan nak membaca laman laman blog ni sangat, begitu juga dengan Setiausaha Kerja, Datuk Abd Rauf.

Jadi disini Sangkakala mohon pada sesiapa juga yang membaca artikel ini supaya kongsikan di laman facebook atau twitter sebab bagi Sangkakala pekara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam parti sedang melangkah ke arah transformasi sekarang.

Antara kesalahan yang dilakukan oleh Setiausaha Bahagian ini dalam perlembagaan ialah:-

1) PERKARA 5 (SALAHLAKU)

5.1 Rasuah atau sokongan politik.
5.1.1. Menyalahgunakan apa jua kuasa secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau melalui mana mana orang lain bagi pihaknya atau dengan tujuan mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi mana mana orang dalam mana mana pemilihan partu bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

Disini Sangkakala nampak apa yang dilakukan oleh Setiausaha Bahagian dengan memanggil Ketua Puteri Bahagian yang baru untuk melafazkan akujanji bermakna beliau telah menyalahgunakan kuasa sebagai Setiausaha Bahagian yang juga merupakan perwakilan dalam perhimpunan agung puteri Bahagian.

2) PERKARA 5.5 (EJEN, PELOBI, PENGURUS KEMPEN atau PERAYU UNDI)

5.5.2. Bagi peringkat Bahagian, kecuali untuk mejlis penerangan dan/ atau kempen yang dianjurkan dibawah seliaan Badab Perhubungan UMNO Negeri masing masing. Ahli ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana mana calon untuk mana mana peringkat pemilihan parti.

Disini pula Sangkakala pasti semua telah nampak bahawa Setiausaha Bahagian ini telah menjadikan dirinya sebagai ejen untuk melobi supaya Ketua Puteri yang baru memberikan undi beliau kepada Datuk Yahaya Mat Ghani.

3) PERKARA 8 (TINGKAHLAKU SEWAKTU MENJAWAT JAWATAN DALAM PARTI.

8.1 tingkahlaku sewaktu menjalankan pentadbiran partu

8.1.1 ahli ahli parti yang memegang SEBARANG jawatan dalam parti adalah DILARANG SAMA SEKALI daripada menyalahgunakan apa jua kuasa atau apa apa juga persamaan dengannya yang ada apa apa akan ada pada mereka bagi tujuan persendirian didalam menjalankan pentadbiran parti dan hendaklah sentiasa menjalankan dasar dasar parti.

Disini Sangkakala lihat, Setiausaha Bahagian telah menyalahgunakan kuasa yang ada pada beliau iaitu beliau adalah pemegang jawatan didalam parti tetapi telah meminta supaya Ketua Puteri yang baru mengundi Calon Ketua Bahagian bagi mengekalkan jawatannya.

8.2 Tingkahlaku sewaktu menjalankan mesyuarat parti.

8.2.1. Ahli ahli parti yang diberikan kuasa menjalankan mesyuarat di perhimpunan cawnagan,bahagian atau majlis tertinggi adalah dilarang daripada menyalahgunakan apa jua kuasa atau apa apa yang bersamaan denganya yang ada pada mereka dengan tujuan bagi manfaat pihak sendiri atau bagi pihak lain dan sentiasa menjalankan dasar dasar parti dan mengikut perintah perintah parti.

Dalam perenggan ini pula Sangkakala lihat Setiausaha Bahagian telah menggunakan kuasanya sebagai perwakilan untuk meraih undi dengan meminta pihak yang akan mengundi supaya mengundi calon Ketua Bahagian, Datuk Yahaya Mat Ghani.

4) PERKARA 11 (HUKUMAN)

11.1. Mana mana ahli yang didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO ini bolehlah dikenakan mana mana. Hukuman seperti yang termaktub di dalam Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

5) PERKARA 20 (DISIPLIN)

20.9. Mana mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana mana hukuman yang tersebut dibawah :-

(a) Diberi amaran;
(b) Digantung hak haknya dalam parti;
(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihanraya Negeri atau umum bagi mana mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;
(d) Dipecat daripada Parti;
(e) Dikenakan lain lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.

Jadi disini Sangkakala nak tanya sikit pada kepimpinan UMNO Malaysia, setelah Sangkakala tulis semua tentang salahlaku Setiausaha Bahagian dan Ketua Bahagian takkan tidak ada langsung tindakan yang boleh diambil atau adakah kepimpinan diperingkat Ketua Bahagian dan keatas dianggap kebal dengan segala peruntukan undang undang dalam perlembagaan UMNO ni?

Jika ianya tidak boleh diterima pakai, maka Sangkakala buang sahaja buku perlembagaan ke dalam sungai supaya ianya tidak lagi perlu dibaca dan dijadikan panduan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: