Isnin, 14 Oktober 2013

TAHNIAH ATAS DUA ANUGERAh UNTUK DATUK AHMAD MUKRIZ

Semalam keputusan untuk EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah dikhabarkan dan salah seorang yang menempa kejayaan untuk berada dalam saf kepimpinan pergerakan itu yang baru ialah Datuk Ahmad Mukriz calon dari Pekan Pahang.

Sudah semestinya itu adalah berita yang menggembirakan beliau serta ahli keluarga terdekat serta rakan rakan beliau yang lain.

Rupanya kegembiraan tersebut tidak berakhir disitu, hari ini isteri kepada Datuk Ahmad Mukriz telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki lebih kurang jam 5 petang tadi.

Nampak gayanya Datuk ahmad Mukriz menerima kegembiraan berganda dengan kelahiran orang baru yang sudah pastinya akan lebih menceriakan suasana dalam rumah tangga.

Sangkakala dan rakan rakan blogger lain mengucapkan tahniah kepada Datuk Ahmad Mukriz serta isteri beliau diatas kelahiran orang baru tersebut.

Semoga dengan kelahiran bayi ini akan menambah keceriaan dan keharmonian keluarga beliau.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: