Isnin, 21 Oktober 2013

SIAPA ANWAR NAK BENTANG KERANGKA BAJET NEGERI ???

Nampaknya Khalid Ibrahim memang tak boleh nak mentadbir negeri Selangor.

Bukan sebab apa, cuba bayangkan kalau esok sahaja kerangka belanjawan kerajaan negeri Selangor pun memerlukan Anwar dimana kekuatan Khalid?

Persoalannya siapa Anwar yang diagung agungkan oleh Khalid sampai mampu untuk membentangkan rangka bajet kerajaan negeri?

Semua kita tahu bahawa Anwar adalah penasihat ekonomi kerajaan Selangor tetapi nampaknya penasihat ini yang membuat kerangka dan kemungkinan besar juga beliau yang membuat keputusan tentang apa yang boleh dan apa yang tidak untuk dibelanjakan.

Kita juga tahu bahawa Anwar bukanlah seorang yang bijak dalam bidang ekonomi dan jurusan pembelajaran yang di ambil oleh Anwar juga bukanlah berkaitan dengan ekonomi tetapi beliau mengambil jurusan sastera, jadi apa kena mengena sastera dengan ekonomi?

Sejauh mana pula kebijaksanaan Anwar dalam menguruskan ekonomi negeri Selangor sedangkan telah terbukti Anwar gagal semasa menjadi Menteri Kewangan semasa dalam Barisan Nasional.

Kita juga didendangkan dengan elaun sebayak RM 1 yang diberikan oleh Selangor kepada Anwar kita tidak pula diberitahu sama ada ianya sebulan, sehari, setahun, sejam, seminit atau sesaat, kita cuma diberitahu RM 1.

Selangor kini mempunyai rizab kewangan sebanyak RM 2.7 bilion dan sepertikata Azmin Ali, tidak guna kalau rizab kewangan bernilai berbilion ringgit tapi masih ramai penduduk di Selangor mengalami masalah pendapatan rendah.

Jadi dimana fungsi Anwar dalam memberikan nasihat kepada ekonomi rakyat Selangor atau menasihatkan ekonomi kroni beliau di Selangor dengan projek projek yang diwujudkan.


Jadi rakyat Selangor perlu memandang perkara ini dengan lebih serius supaya apa yang ada di Selangor tidak akan terlepas ke tangan orang lain, seperti contoh tanah tanah milik PKNS banyak yang diberikan kepada pemaju pemaju swasta dan lama kelamaan semua harta milik PKNS akan habis dan musnah.

fikir fikirlah wahai rakyat Selangor, esok kita sama sama tengok apa yang nak dibentangkan oleh pelajar sastera ni dalam bajet kerajaan Selangor.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: