Jumaat, 25 Oktober 2013

#PRKsungailimau PAS KEDAH GUSAR !!! CALON MULUT CELUPAR

Bahang Pilihanraya Kecil Sungai Limau Kedah makin terasa dan Barisan Nasional meletakkan calon yang amat sesuai di kawasan Dewan Undangan Negeri tersebut.

Tidak seperti PAS yang mempertaruhkan ayam tambatan mereka yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan terbabit yang dikatakan menjadi batu api melaga lagakan pemimpin PAS dengan Allahyarham Ustaz Azizan.

Sangkakala dapat tau bahawa Ustaz Azizan dulu memang disukai oleh rakyat kerana sikapnya yang amat terbuka, tetapi calon yang diletakkan oleh PAS sekarang cuba memporak perandakan hubungan diantara Arwah dengan kepimpinan.

Mungkin beliau (calon PAS) berharap pada waktu itu beliau akan menjadi calon bagi menggantikan Azizan.

Macam ni punya orang pun ada, tak mengenang jasa langsung pada orang yang lebih berusia.

Ini ke calon yang nak diletakkan oleh PAS bagi membela nasib rakyat?

Sangkakala rasa sudah sampai masanya pengundi di DUN Sungai Limau memberikan mandat kepada calon Barisan Nasional yang sepertimana dalam gambar diatas adalah seorang calon dari kalangan anak tempatan dan pernah mengajar pondok satu ketika dulu.

Ciri ciri seorang pemimpin yang dibawa oleh calon Barisan Nasional ini telah membuatkan PAS Kedah yang dikepalai oleh Mahfuz menjadi kelam kabut dan gundah.

Manakan tidak, rata rata orang tempatan mengenali calon Barisan Nasional ini dan sudah memahami hati budi beliau.

Jadi apa lagi pengundi Sungai Limau? Jangan disia siakan peluang untuk memajukan kawasan DUN Sungai Limau dengan cara memberikan undi kepada calon Barisan Nasional.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: