Rabu, 16 Oktober 2013

PEMANTAU AKUI KESILAPAN ??? APA KAEDAH UNTUK PEMBETULAN ???


Nak gelak pun ada tengok situasi pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang mana ramai yang pertikai tentang keputusan bahawa kedua dua calon, Khairul Azwan dengan Jamawi Jaafar.

Pelbagai spekulasi berlaku dan apa yang penting bukti sudah diperolehi oleh penggiat media dan penyokong kepada kedua dua calon. 

Seperti dalam blog double Y, pengerusi Jawatankuasa Pemantau mengakui ada kesilapan dalam pemilihan kali ini kepada wakil yang mewakili Azwan bagi menghantar surat protes kepada Pengerusi Jawatankuasa tersebut.

Baca selanjutnya DISINI

Bagi Sangkakala, kalau dah akui kesilapan perlu lah ada pembetulan, yakkan dah silap tu dibiarkan terus silap takut nanti semuanya akan menjadi kesilapan.

Ataupun mungkin Datuk Raof selaku setiausaha kerja UMNO Malaysia cuba mencari publisiti murahan atau mungkin juga ada masalah dalam diantara beliau dengan Azwan.

Jangan macam ni Datuk, buat kerja kena telus jangan sampai nanti ahli UMNO memberontak sepertimana yang berlaku di Kalabakan yang mana 14 daripada 20 ajk pergerakan wanita meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan kali ini.