Sabtu, 5 Oktober 2013

PANAS !!! RAMAI SOKONG TINDAKAN ZAHID HAMIDI BASUH MALAYSIAKINI !!!

Wahhh..bila Sangkakala kata masukkan artikel tentang Malaysiakini bagi amaran pada Datuk Seri Zahid pelbagai reaksi yang Sangkakala terima, tapi semua menyokong tindakan Menteri Dalam Negeri tersebut.

Salah seorang yang memberikan respon melalui blackberry messenger kepada Sangkakala ialah penerbit sebuah webtv yang mengatakan bahawa tindakan Zahid tersebut memang kena pada tempatnya.

Beliau juga mengatakan bahawa boss kepada KiniTV telah mempromosikan tentang islam makan babi satu masa dulu cuma perkara tersebut hanya diketahui oleh para wartawan khususnya jurukamera.

Masalahnya, boss jurukamera Malaysiakini adalah melayu islam dan selalu mengatakan dengan bangganya bahawa babi itu sedap dan sebagainya.

Kalau betul maklumat yang Sangkakala terima ni, memang rasanya dah terkeluar dari agama boss jurukamera Kinitv ni.

Beliau juga mengatakan bahawa Malaysiakini selalu mengambil tindakan untuk melaga lagakan orang ramai dan ini boleh membuatkan orang bergaduh dan ini amat tidak sihat serta boleh memporak perandakan negara.

Penerbit webtv ini juga meminta supaya Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan untuk menyiasat Malaysiakini kerana artikel artikel yang ada berunsur menghasut rakyat.

Seorang lagi rakan blackberry messenger Sangkakala mengatakan bahawa ada kemungkinan Malaysiakini mendapat dana dari luar untuk memusingkan segala apa kenyataan kerajaan atau menteri.

Ini pun satu perkara yang perlu disiasat sebenarnya, mana Malaysiakini dapat duit yang sebegitu banyak untuk menjalankan operasi mereka selama ni?

Apa apa pun, Sangkakala lihat ada baiknya jika Kementerian Dalam Negeri menjalankan siasatan terhadap Malaysiakini yang sememangnya kerap kali mengeluarkan artikel artikel kontroversi dalam portal mereka.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: