Jumaat, 4 Oktober 2013

NIK ABDUH BERCAKAP TAK PANDANG DIRI

Menarik pula bila Sangkakala membaca satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yang juga merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh Nik Azi yang mengatakan bahawa UMNO perlu mencontohi PAS dalam gejala rasuah atau politik wang.


Agaknya Nik Abduh lupa atau sengaja buat lupa bahawa bapa beliau,  Nik Aziz juga pernah menggunakan politik wang semasa pilihanraya kecil di DUN Galas satu masa dulu. 

Beliau juga mungkin lupa bahawa Nik Aziz pernah ditaja untuk menunaikan fardhu haji oleh sebuah syarikat pembalakan.

Adakah kerana parti tersebut menggunakan perkataan Islam, maka itu semua tidak dikira sebagai rasuah dan ianya dianggap sebagai sedekah?

Sudah sudah la Nik Abduh, jangan menunding satu jari kepada orang lain sedangkan tiga jari menunjuk kepada diri sendiri.

Sangkakala juga ada mendengar berita bahawa kemenangan Mat Sabu kerana ada sponsor yang membiayai pertandingan beliau merebut jawatan tersebut.

Jadi Nik Abduh tak perlu kata apa apa sebab PAS juga tidak setelus mana dalam isu rasuah dalam parti serta pentadbiaran negeri.