Jumaat, 18 Oktober 2013

@NajibRazak @tengkuadnanreal JANGAN BUAT PERKARA PELIK DI BAHAGIAN BATU

Pelik memang pelik bila malam ni dikatakan ada satu sesi pengenalan calon untuk bahagian Batu dimana menurut kata Ketua Bahagian, Setiausaha Agung UMNO akan turut serta dalam pengenalan tersebut.

Apa pulak kena mengena Tengku Adnan dalam pengenalan calon ni atau mungkinkan Tengku Adnan berkompromi dengan Yahaya Mat Ghani untuk mencari undi bagi beliau.

Sangkakala pelik juga apabila majlis pengenalan calon tersebut diadakan dengan tanpa memanggil calon calon yang menentang Datuk Yahaya Mat Ghani.

Kalau betul ianya sessi pengenalan calon, sudah pastilah semua calon diberi peluang untuk memperkenalkan diri, ternyata cukup busuk permainan Abbas dengan menggunakan Setiausaha Agung dan satu lagi Sangkakala harap, Tengku Adnan jangan bersikap begitu, berlaku adil kepada semua, jangan bersikap berat sebelah.

Satu lagi yang membuatkan Sangkakala berasa pelik ialah, kenapa ianya dibuat pada malam terakhir pemilihan? Kenapa tidak dibuat awal dahulu? Semua ni mungkin ada udang di sebalik batu sebab ianya berlaku di bahagian Batu juga.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: