Jumaat, 25 Oktober 2013

@NajibRazak #bajet2014 JANGAN BISING PASAL BR1M !!!

Petang tadi Perdana Menteri telah membentangkan bajet bagi tahun 2014, dan seperti biasa, ramai yang merungut tentang pemansuhan subsidi gula sebanyak RM 0.34 sekilo.

Begitu juga dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang dijangkakan akan meningkat secara maksimum.

Perdana Menteri membentangkan bahawa BR1M akan dinaikkan dari pada RM 500 kepada RM 650 bagi setiap keluarga berpendapatan di bawah RM 3000.

Memang benar kerajaan telah berjanji untuk menaikkan Bantuan ini tetapi bukanlah sekali jalan.

Ianya akan dibuat secara berperingkat peringkat sehingga mencapai tahap maksimum iaitu RM 1200 setahun.

Jadi kepada rakyat Malaysia, janganlah semuanya tidak puas hati, bersyukurlah dengan apa yang ada kini,  kerajaan telah berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Kalau nak diikutkan tidak mencukupi rasanya bagi 15 ribu setahun pun masih tak cukup, tetapi kita perlu sedar bahawa kerajaan hanya menampung perbelanjaan dengan memberikan bantuan, bukannya menanggung.

Jadi bila dah dapat kenaikan tu harap harap bersyukur banyak banyak bukannya mengatakan itu tak cukup dan ini pun tidak cukup.