Khamis, 3 Oktober 2013

MENIFESTO SELANGOR !! PERATUS KEMISKINAN TAKKAN TURUN !!!

Dalam menifesto kerajaan negeri Selangor ada mengatakan bahawa kerajaan negeri akan mengurangkan kadar peratusan kemiskinan dalam negeri tersebut.

Adakah peratusan ini akan berjaya dikurangkan?

Apa yang Sangkakala nampak ianya tidak akan berkurangan apabila kadar sewa rumah PPR disekitar negeri Selangor dinaikkan daripada RM 124 kepada RM 250.

Nama pun lagi PPR dan sudah pastilah ianya didiami oleh orang miskin dan berpendapatan rendah, apabila dinaikkan adakah mereka ini akan memperolehi pendapatan atau menjimatkan pendapatan mereka?

Nampaknya kerajaan Selangor tidak tahu bagaimana menguruskan kebajikan orang orang miskin di negeri Selangor, kegagalan untuk memberikan sedikit kebajikan amatlah mengecewakan kerana ianya sudah termasuk didalam menifesto kerajaan.

Tapi macam yang pernah diperkatakan oleh Menteri Besar Selangor, menifesto bukanlah satu janji dan mungkin bagi Menteri Besar, menifesto adalah merupakan penulisan kanak kanak sekolah tadika yang tidak digunapakai.

Dalam mesyuarat kedua penggal pertama Dewan Undangan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 13 tahun 2013, EXCO Kemiskinan, Tuan Ganapathi Rao menjawab soalan tambahan daripada ADUN Teratai yang menanyakan sama ada kerajaan negeri Selangor mempunyai apa apa pelan untuk menjadikan negeri Selangor sebagai negeri kemiskinan sifar, beliau menjawab kerajaan tidak mempunyai apa apa sasaran untuk kemiskinan sifar bagi negeri Selangor.

Nampaknya kerajaan Selangor macam takde inisiatif untuk membantu orang orang miskin di negeri Selangor.

Tapi kenyataan tuan Ganapathi itu Sangkakala persetujui kerana memang tidak akan menjadi kemiskinan sifar di Selangor sekiranya sewa PPR dinaikkan dan pemberian air percuma juga tidak dilaksakan oleh kerajaan negeri.

Itu semua hanya menifesto retorik kerajaan negeri Selangor untuk mendapat kuasa, dan apa yang Sangkakala nampak ialah, yang kayua bertambah kaya, yang miskin bertambah kedana.

Inilah yang sedang berlaku di Selangor sebenarnya dan ianya akan berlanjutan sehingga ke pilihanraya yang akan datang.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: