Rabu, 9 Oktober 2013

@Maznah_Mazlan PERLU DIBERI PELUANG MENERAJUI WANITA

Sangkakala rasa macam kurang selesa pula apabila nak campuri urusan pergerakan Wanita UMNO Malaysia, tapi tak campur rasanya macam tak kena pulak.

Sebenarnya macam ni lah, pada Sangkakala Datuk Maznah Mazlan perlu diberi peluang untuk menerajui wanita UMNO Malaysia.

Bukan sebab apa, dari apa yang Sangkakala lihat, komitmen yang diberikan oleh beliau dalam menerajui kementerian Sumber Manusia pada penggal yang lepas, telah menampakkan hasil apabila ramai dikalangan wanita dan anak anak muda yang mendapat manafaat.

Dan daripada pandangan lain pula, Sangkakala lihat beliau sebelum ini juga menerajui Jabatan Pembangunan Kemahiran sudah pasti mempunyai kemahiran untuk menaikkan taraf golongan wanita untuk menjadi tenaga mahir.

Sangkakala juga sebenarnya tidaklah berapa kenal dengan Datuk Maznah tapi adalah beberapa kali terserempak dengan beliau dan dari pengamatan Sangkakala, Datuk Maznah amat senang didampingi dan beliau tidak pula sombong untuk melayan sesiapa sahaja walaupun baru pertama kali berjumpa.

Itu adalah kelebihan yang ada dalam diri ibu kepada 3 orang anak ini dan jelas kelihatan sifat keibuan yang tinggi dalam diri beliau.

Sangkakala yang lebih kurang sebaya dengan anak beliau juga merasakan bahawa sifat keibuan ini amat tinggi dalam diri beliau dan membuatkan sesiapa juga yang sama baya dengan anak beliau merasa amat selesa apabila berbicara.

Jika Datuk Maznah diberikan peluang untuk menerajui Wanita UMNO Malaysia, Sangkakala amat yakin bahawa pergerakan yang menjadi sayap kedua terpenting UMNO itu akan lebih mantap dan lebih bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang ekoran daripada keberanian dan semangat yang ditunjukkan oleh beliau selama ini dalam memastikan wanita mempunyai kemahiran dalam menjalani pelbagai pekerjaan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: