Jumaat, 11 Oktober 2013

MAT SABU DIMALUKAN ??? MANA MARUAH SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN ???


Dengar kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu telah ditolak oleh beberapa kawasan di negeri Terengganu dalam muktamar kawasan di negeri tersebut.

Mereka kini lebih suka memilih Menteri Besar Kelantan serta Ketua Penerangan PAS pusat untuk diletakkan di kerusi nombor 2 parti tersebut.

Alamak..kali ni nampak gayanya Mat Sabu kena angkat kaki berjalan perlahan lahan untuk keluar daripada saf kepimpinan tertinggi PAS.

Faktor daripada apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz bahawa perwakilan perlu memilih mereka dikalangan ulama untuk menerajui kepimpinan PAS mungkin membuatkan perwakilan di negeri Terengganu bertindak untuk menolak beliau.

Apa macam Mat Sabu? Lepas ni boleh ceramah secara solo pulak mengata dan memfitnah UMNO serta Barisan Nasional.

Mat Sabu kena sedarlah sekarang bahawa beliau bukanlah ulama sebagaimana yang dikehendaki oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone