Ahad, 27 Oktober 2013

MADA BUKIT BESAR DISERBU !!!


Ramai yang hadir dalam majlis ilmu yang dianjurkan oleh Nasional FM di MADA Bukit Besar malam ni.

Majlis ilmu yang dinamakan forum perdana raudhah ini di sertai oleh 2 orang ahli panel serta seorang moderator dari Nasional FM sendiri.

Lebih 200 orang hadir ke majlis ilmu ini untuk mendengar apa yang disampaikan oleh panel yang membincangkan tentang berkongsi satu shahadah tapi tidak bersatu yang menjadi tajuk utama forum.


Isu yang agak menarik untuk didengari oleh para hadhirin dan mengikut kata moderator, forum agama raudhah ini boleh didengari di gelombang 100.5 Nasional FM setiap hari.

Disamping itu program ini mempersembahkan juga nyanyian dari kumpulan Nasyid sebagai acara sampingan program.