Isnin, 21 Oktober 2013

KURANG AJAR !!! WANITA HAMIL JADI SASARAN PENEMBAK CURI

DAMSYIK - Dilaporkan wanita hamil dan bayi menjadi sasaran latihan penembak curi rejim Bashar al-Assad di Syria, kata seorang pakar bedah British dan dilaporkan media semalam.

Menurut pakar bedah itu, setiap hari penembak curi menyasarkan tembakan mereka pada bahagian tubuh berlainan orang awam yang keluar membeli bekalan makanan.

"Kami dimaklumkan penembak curi dihadiahkan sebungkus rokok jika sasaran mereka tepat mengenai orang awam," katanya.

Nott berkata, dia mendapati semua wanita yang menjadi mangsa ditembak di perut.

Justeru, katanya, mereka percaya penembak curi itu memang menyasarkan janin wanita hamil.

Dianggarkan secara purata enam wanita hamil ditembak sehari.

Walaupun ada dua kes wanita hamil menjadi mangsa berjaya diselamatkan, janin mereka disahkan terbunuh apabila otak mangsa ditembusi peluru.

Nott yang menjadi pakar bedah sukarelawan di Bosnia, Libya, Chad, Sudan dan Republik Demokratik Kongo baru pulang dari Syria menganggap negara itu zon perang pertama menyasarkan orang awam, terutama wanita hamil. - Agensi



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: