Jumaat, 4 Oktober 2013

KHALID GAGAP RISAU KEDUDUKAN SEBAGAI MB TERCABAR


Sangkakala petik sedikit daripada blog rakan blogger yang mengatakan bahawa EXCO kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan mesyuarat di Bangkok beberapa minggu lepas.

Alasan mereka mengadakan mesyuarat EXCO tersebut di Bangkok adalah bagi membolehkan ahli Mesyuarat kerajaan negeri itu hadir kerana jika dibuat di dalam kawasan terdapat banyak gangguan.

Baca DISINI

Apa punya alasan bodoh yang di buat ni? Takkan kerana gangguan hingga membuatkan ahli EXCO kerajaan negeri terpaksa melakukan mesyuarat di Bangkok?

Duit mana pula yang digunapakai untuk dibelanjakan bagi mengangkut semua ahlu exco tersebut? Duit poket sendiri atau duit rakyat Selangor? 

Ini perku dijawab oleh Menteri Besar Selangor supaya ianya jelas dan penyelewengan wang rakyat tidak berlaku.

Alasan yang diberikan oleh Dr Daroyah Alwi selaku EXCO Usahawan amat mudah iaitu bagi mengelakkan ketidak hadiran EXCO bermesyuarat.

Alasan ini tidak sepatutnya timbul kerana bagi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang gagal untuk menghadirkan diri dalam mesyuarat EXCO elok dipecat dan digantikan dengan ADUN lain.

Ini kerana mungkin EXCO EXCO tersebut terlalu SIBUK melayan projek projek di kawasan mereka hingga terlupa bahawa ada satu tanggungjawab yang amat penting iaitu membincangkan isu isu negeri dalam mesyuarat EXCO. 

Nampak sangat Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar gagal untuk memastikan perjalanan pentadbiran berjalan dengan baik hingga terpaksa membawa EXCO EXCO pemalas ni pergi bermesyuarat ke luar negara.

Ataupun Khalid Ibrahim sememangnya risau kedudukan beliau tergugat sekiranya tidak menuruti kehendak EXCO EXCO ini untuk bermesyuarat sambil melancong mengahbiskan duit rakyat?

Cuba jawab sikit Khalid..