Ahad, 6 Oktober 2013

IBU BAPA KEJAM TINGGALKAN ANAK SEPARUH NYAWA


Sedangkan haiwan tahu sayangkan anak tapi ada pula sesetengah ibu bapa yang langsung tak peduli pasal anak yang merupakan amanah Allah kepada mereka untuk dijaga sebaik baiknya.

Keenam enam anak anak dalam gambar diatas dikatakab telah ditinggalkan oleh kedua orang tua mereka kerana  dikatakan mereka berdua bergaduh.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kuala Selangor dan menurut sumber, penghulu mukim Jeram telah mengambil tindakan dengan menghubungi pihak berwajib untuk mengambil anak anak tersebut untuk dipelihara.

Keenam enam adik beradi tersebut dikayakan ditinggal seharian hingga mereka terpaksa makan apa yang ada untuk mengalas perut dan mereka dikatakan telah keluar sambil membawa bungkusan sementara adik mereka yang bongsu yelah ditinggalkan nyawa nyawa ikan dirumah akibat kelaparan.

Bagi Sangkakala, kedua dua ibu bapa kanak kanak ini oerlu diambil tindakan tegas supaya mereka sedar betapa berharganya kurniaan Tuhan tersebut kepada mereka dan tidak seharusnya anak anak tersebut diseksa begitu.

Ramai dikalangan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai zuriat beriya iya berusaha untuk memperolehi anak tetapi yang mempunyai anak dengan sewenang wenangnya melakukan kekejaman seperti itu.

Bagi Sangkakala mereka berdua tidak boleh dimaafkan walau dengan apa juga alasan kerana perbuatan mereka terbukti boleh meragut nyawa anak mereka yang bongsu dan pada Sangkakala ini adalah satu percubaan membunuh anak sendiri dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sekeras kerasnya keatas mereka.

Mujur ada penduduk yang melihat lima beradik tersebut keluar, jika tidak sudah pasti anak yang berusia 7 bulan akan menemui ajal.