Rabu, 16 Oktober 2013

IBADAH KORBAN KOTA DAMANSARA KECOH !!!

Memang kecoh ibadah korban yang dijalankan pada hari ini di kawasan DUN Kota Damansara apabila ramai penduduk ppr seksyen 8 turun beramai ramai untuk bersama sama mengerjakan ibadah tersebut. 

Yb melawat penduduk yang bergotong royong untuk
makan tengah hari

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut yang bermula pada jam 9 pagi tadi ialah ADUN Kota Damansara, YB Hajah Halimaton Saadiah Bohan yang turut mengorbankan 3 ekor lembu dikawasan perumahan PPR ini.

Rata rata penduduk nampaknya amat gembira dengan kehadiran YB Halimaton dan mereka semua amat berterima kasih kerana YB sanggup bersama sama meluangkan masa bersama mereka walaupun sibuk dengan jemputan dimerata tempat bagi meraikan majlis korban.

Yb Halimaton bersama rombongan wanita bahagian disertai dengan pemuda bahagian dan puteri cawangan meluangkan masa hampir 2 jam bersama sama dengan penduduj yang bergotong royong mengerjakan lembu korban yang sebahagiannya diagih agihkan kepada penduduk dan sebahagian lagi di masak untuk dijadikan jamuan makan tengah hari semua yang hadir.

Yb serta rombongan wanita bahagian bergambar
bersama penduduk 
Daging korban diagihkan kepada pendusuk PPR
Kota Damansara

Sebahagian daging lembu dimasak untuk dijadikan
jamuan kepada hadirin.