Khamis, 3 Oktober 2013

HENTAM CALON PEMILIHAN SEBAB BAWA CALON LAIN ??? JANGAN CARI PASAL !!!

Sangkakala ternampak satu gambar dalam instagram yang dimuat naik oleh satu individu yang pada Sangkakala mewakili satu kumpulan.

Apa yang Sangkakala nak pesan disini ialah, jangan hentam calon hanya semata mata bawa calon lain, Sangkakala pun ada juga usik calon tapi tidak membawa calon calon lain dan sekiranya Sangkakala bawa seseorang calon itu, maka calon yang bertanding dalam jawatan sama Sangkakala takkan usik.

Tapi kalau begini cara mereka nak berkempen rasanya akan ada yang Sangkakala korek rahsia sampai tujuh kaki dalam nanti takut tak terjawab pulak.

Sangkakala pesan kepada mereka mereka yang membawa calon peringkat tertinggi yang mereka rasakan berpotensi untuk menjadi pemimpin, maka tunjukkan kemampuan mereka dan kenapa mereka ini perlu dipilih dan bukannya menjatuhkan calon lain dengan cara menggunakan ayat yang boleh buat orang marah.

Sangkakala bukan tak boleh kupas tentang apa yang dilakukan oleh calon kegemaran mereka ni, dengan sikap mengambil kesempatan sambil menutup kesilapan mereka serta isu rasuah yang mungkin akan memalukan calon kegemaran mereka ini.

Jangan la sampai Sangkakala buka semua tu ye, sebab kita sama sama kenal dan Sangkakala takkan cerita benda bukan bukan, cuma kalau dah terpaksa nanti, mungkin pendedahan demi pendedahan akan Sangkakala lakukan dan ini akan mencacatkan kempen mereka untuk bertanding.


Pssttt...jangan ajar buaya berenang, sebab didaratan pun ianya boleh berlari...



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: